Semasa masing-masing bujang semua nampak sempurna di mata, namun selepas berkahwin mulalah melihat sisi pasangan yang tidak kelihatan sebelum ini. Apatah lagi sisi kekurangan yang disembunyikan seperti tidak pandai memasak atau bersikap cuai.
Namun, alam perkahwinan itu banyak mengajar setiap individu untuk redha dan sabar seperti pengajaran yang diterima Tiara Emilia di dalam rumah tangganya. Menurutnya, tak semua perkara akan berlaku mengikut kehendak dan piawaian yang diinginkan.
Maka, perbanyakkan redha selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan.
Baca juga: Sirap Limau Lancar Kempen ‘Masam Masam Manis’ & Menangi Hadiah Mingguan Melalui Cabaran Foto!
BERKAHWIN DIDIK DIRI UNTUK REDHA
Pengajaran penting hidup berumah tangga ialah REDHA
Antara pengajaran penting saya belajar dalam rumah tangga ialah REDHA. Tak semua benda akan berlaku ikut kehendak dan ‘key performance indicator’ (KPI) kita, walaupun kita ketua keluarga.
- Kalau nampak pasangan kita cuai sikit, selalu sangat terlupa tutup suis lepas guna jangan bebel dia. Redha dan pergi sahaja tutup suis itu.
- Kalau nampak pasangan macam tak pandai memasak ke apa, jangan di besar-besarkan ketidakpandaian dia pula, redha dan tapau sahajalah makanan senang.
- Kalau nampak pasangan garang sangat, tak lembut macam orang lain. Redha dan hiburkan selalu dia. Wanita garang ini biasa dekat luar sahaja, dalam hati dia ada taman.
- Kalau nampak pasangan selalu leka melayan anak-anak, kita depan mata pun dia tak layan. Redha sahajalah, itu anak kita juga yang dia layan.
- Kalau nampak pasangan selekeh dan comot bila dekat rumah, tapi dekat luar bukan main lawa lagi. Redha dulu pasti ada hikmahnya. Ibu mana yang boleh 24 jam cantik molek di rumah memang hebat la.
Baca juga: Islam Melarang Lakukan ‘Hubungan Kelamin’ Pada Awal, Tengah & Akhir Setiap Bulan? Ini Kata Mufti
Baca juga: Jaga-Jaga Wahai Isteri, 14 Perkara Ini Mampu Melukakan Hati Suami, Mereka Juga Punya Perasaan Ini
Ujian terbesar ketua keluarga ialah SABAR hingga hari kiamat
Tak semua akan berlaku ikut KPI kita!
Jika yang diharap adalah kesempurnaan, maka kelemahan pasti akan makin tersembul keluar. Jika yang di harap adalah pasangan memberi kita rasa bahagia, maka pasti akan ada rasa kecewa.
Sebagai ketua keluarga ujian terbesar bukan cari duit, bukan beli rumah, bukan jaga anak-anak. Tapi ujian terbesar kita ialah SABAR.
Sabar bukan 1 hari, bukan 1 tahun, bukan 10 tahun tapi kena sabar sampai kiamat. Itulah ujian terbesar kita.
Wallahu a’lam.
Baca juga: 6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!
Sumber: Tiara Emilia
FT Image: pressfoto