Bermula 1 Disember 2024 hingga 14 Januari 2025, Sirap Limau dengan sukacitanya memperkenalkan kempen ‘Masam Masam Manis’ yang merupakan sebuah inisiatif kempen penuh makna.
Kempen ini bertujuan untuk meraikan realiti sebenar dunia perkahwinan melalui kisah-kisah yang menggambarkan pelbagai warna cinta, mencerminkan cabaran dan kebahagiaan dalam setiap perjalanan pasangan.
Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!
MASAM MASAM MANIS: RAIKAN PERJALANAN CINTA SEBENAR PERKAHWINAN
Tema berlainan setiap minggu, gambaran fasa berbeza dalam perkahwinan
Melalui penceritaan yang mendalam, kandungan menarik dan penglibatan pembaca, kempen ini bakal mengajak pasangan suami isteri untuk menghargai dan menerima kelebihan atau kekurangan di antara mereka. Tidak kira sama ada suka mahupun duka, selain menghargai perjalanan mereka bersama.
Kempen Masam Masam Manis dibahagikan kepada empat tema utama yang menggambarkan fasa berbeza dalam perkahwinan seperti:
- Sehati Sejiwa – minggu pertama
- Gelora Perkahwinan – minggu kedua
- Kemuncak Cinta – minggu ketiga
- Kembali Terjalin – minggu keempat
Setiap tema memberi penekanan kepada pelbagai peringkat hubungan perkahwinan dan keindahan dalam menghadapinya.
Nurul Halifah, Ketua Kandungan Editorial Sirap Limau, menjelaskan bahawa tujuan utama kempen ini adalah untuk menghapuskan mitos mengenai ‘perkahwinan sempurna’ dan memperkenalkan naratif yang lebih original serta meraikan kekuatan cinta sepanjang perjalanan hidup bersama.
“Kami menyediakan ruang khas di laman web kempen untuk orang ramai berkongsi cerita perkahwinan mereka secara anonymous. Kisah-kisah yang dikongsikan akan menjadi sumber inspirasi bagi kandungan media sosial, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.
Baca juga: Jaga-Jaga Wahai Isteri, 14 Perkara Ini Mampu Melukakan Hati Suami, Mereka Juga Punya Perasaan Ini
Menangi hadiah mingguan bernilah lebih RM500 melalui cabaran foto
Anis Amirah, Pengurus Kempen, turut berkongsi mengenai peluang menarik untuk peserta memenangi hadiah mingguan bernilai lebih RM 500 melalui cabaran foto.
Peraduan ini bertujuan untuk merayakan cinta dan menggalakkan pasangan untuk berkongsi detik bahagia mereka di Facebook bersama kapsyen penuh bermakna serta menggunakan tanda pagar (hashtag) #MasamMasamManis dan #TulisKisahHati.
“Kami juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi seperti tilljannah.my dan Andorra Women’s & Children Hospital untuk menyediakan kandungan yang relevan dan memberi impak bermakna serta meluas kepada semua,” kata Anis.
View this post on Instagram
Sufia Johari & Haji Hushim sebagai tetamu istimewa program bual bicara Masam Masam Manis, 8 Januari 2025
Kempen Masam Masam Manis akan menutup tirai dengan sebuah program bual bicara pada 8 Januari 2025, yang bakal dihoskan oleh juruhebah radio popular, Muaz Mohamed.
Program ini akan menampilkan dua tetamu istimewa iaitu Sufia Johari, seorang pencipta kandungan media sosial yang terkenal dan Haji Hushim merupakan seorang penceramah motivasi yang pakar dalam kaunseling keluarga.
Bertemakan “Alam Perkahwinan Di Zaman Digital”, program ini akan membincangkan bagaimana media sosial dan teknologi mempengaruhi hubungan perkahwinan moden serta memberi panduan praktikal untuk pasangan dalam membina hubungan yang lebih kukuh di era digital ini.
Baca juga: Bacaan Suami Isteri, Ini 3 Bahagian Badan Paling Sesuai Buat Love Bite, Boleh Cuba!
Layari portal rasmi Masam Masam Manis
Kempen Masam Masam Manis adalah ruang untuk pasangan, keluarga, dan individu menyelami keindahan serta cabaran dalam hubungan perkahwinan. Kami menjemput anda untuk turut serta berkongsi pengalaman perjalanan cinta yang penuh liku dalam mahligai perkahwinan.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://siraplimau.com/masammasammanis dan ikuti Sirap Limau di media sosial @siraplimau .
Baca juga: 6 Mitos Isu Perceraian Yang Sentiasa Jadi Topik Sensasi Masyarakat, Peguam Jelaskan Fakta Sebenar!