Nur

9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

11
SHARES
doa untuk pasangan

Mencintai seseorang tidak menjamin perasaan indah itu akan berkekalan. Ini merupakan realiti yang banyak berlaku, pudarnya rasa itu seiring waktu. Maka, tidak salah untuk mempraktikkan petua dan mengamalkan doa untuk pasangan ini agar perasaan saling mencintai kalian berkekalan hingga nafas terakhir.

Berikut merupakan petua dicintai pasangan yang dikongsikan Aminah Mat Yusoff bersama doanya.

Baca juga: Dah Lafaz Cerai Tapi Belum Disahkan Di Mahkamah, Boleh Bersetubuh Ke?

DOA UNTUK PASANGAN SALING MENCINTAI

doa untuk pasangan

Gambar: Aminah Mat Yusoff

Petua dicintai pasangan

1. Kata seorang mak cik, jika pasangan tengah marah, kita harus tenang. Jika seorang menjadi api, yang lainnya haruslah bersifat air.”

2. Jadilah orang pertama yang memohon kemaafan. Pegang tangannya, pandang matanya dan minta maaf semua salah dan silap terutamanya sebelum ke tempat kerja.

Moga Allah berkati langkah kita mecari rezeki, selamatkan dari mata-mata yang hasad, jauhkan dari kemaksiatan dan mendapat amalan yang diterima.

3. Bahagia berpasangan bukan kerana banyak terima tapi kerana banyak memberi.

Jika kita tahu, orang yang memberi martabatnya akan sentiasa tinggi di sisi Allah, kita akan berebut untuk buat baik pada pasangan. Sediakan hadiah untuk win kecil dan besar, raikan pasangan dengan ucapan yang baik.

Baca juga: 7 Ciri Bekas Suami Masih Sayang Bekas Isteri, Ini Maksudnya ‘Gila Talak’ Ke?

4. Kata mak cik tu lagi, kita tidak akan pernah mendapat kebahagiaan, jika terus mengisi hati dengan kesedihan, rasa kecewa dan derita.

5. Penat kita jangan diulang-ulang dalam keluarga, kerana ia bakal menjadi doa yang mustajab.

Pasangan rasa kecewa, anak-anak rasa tak bahagia kerana telah menjadi beban kepada kita.

6. Belanja keluarga adalah tabung akhirat, bantu pasangan adalah amal baik yang tidak ternilai.

Jangan rasa teraniaya dan menyesal, kerana penyesalan itu sebenarnya bisikan licik dari Dasim. Lagi kita rasa panas, perit tertekan dengan kebaikan yang kita buat, lagi seronok kita dihasut.

Baca juga: Ini 6 Amalan Boleh Buat Semasa Dalam Kenderaan, Agar Beroleh Berkat!

7. Jangan bawa cerita orang lain dalam rumah kita.

Cerita mereka bukan nasihat untuk kita. Cerita kita jangan masukkan dalam kehidupan orang lain, cerita ini Allah karang isitimewa untuk kita sahaja.

8. Bahagiakan keluarga kita dan raikan dalam rumah kita sahaja. Tak perlu tanya orang lain, adakah mereka mendapat bahagia seperti kita.

Orang menilai gambar dan moment kita menurut emosi dan kepercayaan mereka. Yang percaya kita sedang bahagia hanya orang yang sayang kita, yang menjalani hidup bersama kita.

9. Pasangan kita adalah milik Allah, jangan mengawal mereka dalam fikiran kita. Gunakan fikiran kita untuk mencipta bahagia sendiri dan share bersama ahli keluarga.

Baca juga: Nak Nikah Dalam Masjid TAPI Tengah Haid, Ini Hukumnya Pengantin Perempuan Kena TAHU!

Sumber: Aminah Mat Yusoff

FT Image: Aminah Mat Yusoff / Pinterest @juvvi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×