Nur

5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!

16
SHARES
doa suami isteri bersetubuh

Tidak kira sama ada anda pasangan pengantin baru atau yang sudah lama mendirikan rumah tangga, eloklah kiranya mengamalkan doa suami isteri bersetubuh ini sewaktu di ranjang. Doa-doa ini merangkumi sebelum kalian memulakan hubungan intim, sewaktu mengeluarkan air mani dan sehinggalah sesudah menggauli pasangan anda.

Mengamalkan doa suami isteri bersetubuh ini adalah sebagai tanda setiap perkara yang dilakukan hamba-Nya haruslah didahului dengan berdoa kepada Allah SWT. Tidak kiralah untuk apa tujuan yang baik, mohonlah kepada Allah SWT terlebih dahulu dan barulah jalankan usaha kita semampunya.

Baca juga: Panduan Mengerjakan Solat Sunat Sebelum Subuh, Nilainya Lebih Dari Seisi Dunia!

DOA SUAMI ISTERI BERSETUBUH

doa suami isteri bersetubuh

Gambar: pexels

1. Doa untuk memohon berkat isteri

Sebelum memulakan hubungan intim pada malam pertama, ada baiknya suami membaca doa memohon berkat isteri dengan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri.

Berikut bacaan doanya:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

“Allaahuma innii as’aluka khairahaa wa khaira maa jabaltahaa ‘alaihi, wa a’uudzubika min syarrihaa wa syarri maa jabaltahaa ‘alaihi.”

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.” Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan lain-lain

Baca juga: 3 Amalan Doa Hamil Bayi Lelaki, Tak Salah Ibu Bapa Cuba & Ikhtiar Cara Ini!

2. Doa ketika ingin bersetubuh

Rasulullah S.A.W bersabda:

لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّهُ

Maksudnya: “Sekiranya salah seorang dari kamu mendatangi isterinya lalu dia berkata: ‘’Bismillah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah kau rezekikan kepada kami’’. Maka apabila ditetapkan buat mereka berdua lahirnya seorang anak, maka syaitan tidak akan memberi kemudaratan kepadanya.” Riwayat Al-Bukhari (141)

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang dikongsikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah dinyatakan doa untuk suami isteri yang hendak melakukan persetubuhan.

Berikut doa bersetubuh berdasarkan sunnah:

بِسْمِ اللهِ اَللّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

“Bismillah, Allahumma jannibnaassyyaithaana wa jannibi syaithdoa suami isterioona maarazaqtanaa”

Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah, ya Allah jauhkan kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang Engkau anugerahkan kepada kami.

Baca juga: Si Dia Putuskan Tunang, Batal Kahwin Tanpa Sebab Munasabah? Failkan Tuntutan Ganti Rugi

3. Doa ketika mengeluarkan air mani (inzal)

Selain itu, terdapat juga doa pendek yang dianjurkan untuk dibaca ketika mengeluarkan air mani sewaktu menggauli pasangan dengan tujuan agar hubungan diberkati dan diberikan keturunan yang baik. Di mana, suami hendaklah membaca di dalam hati tanpa menggerakkan bibir.

اَللّهُـــمَّ اجْعَــلْ نُطْفَتَــنَا ذُرّ ِيَّةً طَيِّــبَةً

“Allahummaj’alnuthfatanaa dzurriyattan thayyibah”

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah air mani kami ini menjadi keturunan yang baik (soleh).

4. Doa selepas melakukan persetubuhan

Berikut adalah doa selepas persetubuhan yang perlu dibaca oleh suami isteri:

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ خَلَقَ مِنَ المْـَــاءِ بَشَـــرًا

“Alhamdu lillaahi dzdzii khalaqa minal maa i basyaraa”

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan).

Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!

5. Doa dikurniakan anak soleh dan solehah

Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, menjadi dambaan dan impian pasangan suami isteri. Maka, amalkan doa ini dengan penuh keyakinan dan pengharapan daripada Allah SWT:

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

“Robbi hab lii mil ladungka zurriyyatang thoyyibah, innaka samii’ud du’aaa”

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.”

Baca juga: Membuak Benci Tak Boleh Lihat Wajah Pasangan, Amalkan Surah Ini Ikhtiar Sihir Pemisah!

Sumber: Motherhood / TheAsianParent

FT Image: SinarPlus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×