Nur

Waktu Sesuai Nak ‘Bersama’ Ketika Bulan Puasa, Barulah Cik Suami Tak Kena Puasa 2X!

14
SHARES
bersetubuh bulan puasa

Bersenggama, berjimak dan bersetubuh merupakan perkataan membawa maksud yang sama iaitu melakukan hubungan seksual. Tidak salah untuk suami isteri bersetubuh di bulan puasa. Namun, anda perlu tahu bersetubuh bulan puasa di siang hari sangatlah dilarang dalam agama Islam.

Jadi, bilakah waktu yang sesuai untuk menggauli pasangan anda? Jom baca perinciannya di bawah.

Baca juga: “Aduhhh Pedihnya!”- Ini Sebab Kenapa Faraj Rasa Terbakar Masa Melakukan Hubungan Intim

BERSETUBUH BULAN PUASA, BILA WAKTUNYA?

bersetubuh bulan puasa

Melalui portal Hello Doktor, definisi hubungan seksual adalah hubungan intim yang dilakukan dengan cara penetrasi alat kemaluan iaitu zakar lelaki dimasukkan dan didayungkan ke dalam faraj wanita sehingga keluar air mani.

Seks adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan pasangan bercinta terutamanya buat mereka yang bergelar suami isteri.

WAKTU SESUAI BERSETUBUH DI BULAN PUASA DARI PAKAR PSIKOLOGI

Berbalik kepada persoalan di atas, bilakah waktu yang sesuai untuk bersetubuh di bulan puasa? Mari ikuti penjelasan dari pakar psikologi berkenaan perkara ini seperti diterbitkan oleh The Asian Parents Indonesia.

1. 3 PAGI HINGGA 4.30 PAGI

Menurut Doktor Boyke Dian Nugraha yang merupakan seorang Pakar Psikologi, biarpun di bulan puasa suami disarankan untuk terus membantu isteri melakukan kerja rumah agar hubungan intim itu terus terjalin.

Secara tidak langsung, pertolongan suami dalam meringankan bebanan isteri dapat mengurangkan keletihan isteri dan menerbitkan rasa ghairah untuk bercinta. Terutamanya, jika anda hanya tinggal berdua di rumah.

Tambahan pula, Dr. Boyke menyarankan jam 3 pagi hingga 4.30 pagi adalah waktu yang sesuai untuk bersetubuh pada bulan puasa. Hal ini kerana, selepas itu anda boleh terus bersahur dan solat Subuh.

Paling penting, jangan lupa untuk mandi junub terlebih dahulu setelah anda puas menikmati kehangatan waktu asmara bersama pasangan.

2. 8 MALAM DAN KE ATAS

bersetubuh bulan puasa

Selain itu, terdapat perbezaan pendapat dari Profesor Doktor Wimple Pangkahila, Pakar Andrologi dan Seksologi. Beliau menyatakan, waktu yang sesuai untuk bersetubuh pada bulan puasa adalah selepas berbuka puasa, kira-kira 8 malam dan ke atas.

Hal ini kerana, setelah anda mengisi tubuh badan dengan makanan ia akan membekalkan tenaga untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan.

3. BERSEPAKAT TERLEBIH DAHULU

Manakala, pendapat lain dari Zoya Amrin, seorang psikologi di bidang seksual pula menyarankan sebelum berjimak di bulan Ramadan, pasangan perlulah bersepakat untuk melakukannya.

Perbincangan seperti hendak lakukan di mana tempatnya dan bila waktunya perlu dibicarakan bersama. Ia bagi mempersiapkan diri masing-masing dari segi tenaga, memperlihatkan diri yang elok dan sebagainya sebelum menuju ke bahtera asmara. Barulah bertambah ghairah!

KESIMPULAN

Terdapat pelbagai perbezaan waktu mengenai hal ini, namun persamaannya adalah anda dilarang bersenggama pada siang hari di bulan Ramadan. Hal ini kerana, ia merupakan di antara perkara yang membatalkan puasa.

Sepertimana Firman Allah SWT:

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ

Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. (Surah al-Baqarah, 187) 

Paling penting jangan bimbang untuk bersenggama di bulan Ramadan selagi tidak melanggar hukum syarak. Selamat menikmatinya!

Sumber: The Asian Parents

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×