Sihat

“Aduhhh Pedihnya!”- Ini Sebab Kenapa Faraj Rasa Terbakar Masa Melakukan Hubungan Intim

23
SHARES
bersetubuh

Faraj rasa seakan terbakar terutamanya, semasa bersetubuh boleh menjadi tanda wanita itu mengalami masalah kesihatan pada alat sulitnya. Ia adalah satu perkara yang biasa dan selalunya tidak mendatangkan kebimbangan.

Walaupun begitu, jangan sesekali membiarkannya tanpa dirawat kerana ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Justeru itu, mari ketahui sebab-sebab mengapa faraj merasakan sensasi terbakar sewaktu melakukan hubungan intim, seperti di bawah.

Baca juga: Awas Leher Kerak Kehitaman, Ia Bukan Daki. Mungkin Tanda Kepada Penyakit Serius!

BERSETUBUH BUAT FARAJ RASA TERBAKAR?

bersetubuh

Salah satu penyebab Miss V rasa terbakar adalah adanya jangkitan bakteria yang boleh menimbulkan rasa gatal dan sakit pada organ intim. Di bawah merupakan antara sebab-sebab mengapa faraj rasa terbakar sewaktu bersetubuh.

INI ANTARA 7 SEBAB FARAJ RASA TERBAKAR SEWAKTU MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM

1. KERENGSAAN

Beberapa objek atau bahan kimia dapat menyebabkan faraj mengalami kerengsaan. Keadaan ini dikenali sebagai dermatitis kontak.

Dari sabun, kain hinggalah ke wangian ia dapat menyebabkan kerengsaan kepada faraj. Selain terasa sensasi terbakar, gatal dan kemerahan, rasa menyengat juga merupakan gejala keradangan.

Cara mengatasi kerengsaan faraj adalah dengan menghindari pelbagai jenis produk atau objek yang menyebabkan ia berlaku ke atas Miss V. Sewaktu proses penyembuhan, jangan sesekali garu bahagian faraj supaya proses pemulihannya berjalan lancar.

2. VAGINOSIS BAKTERIA

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), vaginosis bakteria adalah masalah jangkitan faraj yang kerap berlaku kepada wanita berusia 15-44 tahun. Faraj terasa sensasi terbakar merupakan salah satu gejala penyakit ini.

Selain itu, terdapat juga gejala lain seperti:

  • Cairan berwarna kelabu atau putih keluar dari faraj.
  • Kesakitan.
  • Kegatalan.
  • Mengeluarkan bau tidak enak, terutama selepas berjimak.

3. JANGKITAN YIS

bersetubuh

Jangkitan yis dapat mengundang rasa sensasi terbakar pada faraj. Gejala lain dari jangkitan yis meliputi:

  • Rasa gatal.
  • Rasa sakit.
  • Kesakitan sewaktu bersetubuh.
  • Rasa tidak selesa sewaktu buang air kecil.
  • Keputihan.

Selain itu, jangkitan yis pada faraj juga berisiko kepada golongan ini:

  • Wanita hamil.
  • Menggunakan ubatan kontraseptif hormon.
  • Mengalami diabetes.
  • Memiliki sistem imun tubuh yang lemah.

4. JANGKITAN SALURAN KENCING (UTI)

Selain menyebabkan Miss V terasa terbakar saat membuang air kecil, jangkitan saluran kencing juga boleh menyebabkan gejala lain.

Antaranya adalah:

  • Kerap membuang air kecil.
  • Kesakitan sewaktu kencing.
  • Warna air kencing yang pekat dan berbau kurang enak.
  • Kencing berdarah.
  • Kesakitan di bahagian bawah perut.
  • Keletihan.

5. TRICHOMONIASIS

Trichomoniasis adalah penyakit yang disebarkan semasa berjimak dari seorang individu kepada individu lain. Hanya 30% individu yang menghidapi masalah ini menunjukkan simptom serta sensasi terbakar pada faraj.

Antara simptomnya adalah:

  • Kegatalan dan kulit kemerahan.
  • Rasa tidak selesa saat buang air kecil.
  • Lendir faraj sama ada jernih, putih, kuning atau hijau dengan berbau hanyir.

6. MENOPAUS

bersetubuh

Perubahan kadar hormon yang terjadi saat wanita berada dalam fasa menopaus dapat menyebabkan vagina rasa sensasi terbakar, terutamanya sewaktu melakukan hubungan intim.

Selain itu, menopaus juga boleh menyebabkan gejala-gejala lain seperti:

  • Berpeluh di waktu malam.
  • Sukar tidur.
  • Kekeringan faraj.
  • Sakit kepala.
  • Perubahan mood dan emosi.
  • Keinginan seksual berkurangan.

7. HERPES GENITAL

Herpes genital merebak melalui sentuhan dan kontak kulit ke kulit dengan individu yang mempunyai virus herpes. Wanita lebih berisiko menghidapi penyakit ini berbanding lelaki.

Gejala herpes genital kebiasaannya akan muncul sewaktu virusnya sudah mula aktif di dalam tubuh. Antara gejalanya adalah:

  • Rasa sensasi terbakar pada faraj.
  • Kegatalan.
  • Kesakitan sewaktu buang air kecil.

Individu yang dijangkiti virus herpes, tidak mempunyai ubat untuk menyembuhkannya. Namun, gejala virus ini dapat ditangani dengan ubat antivirus.

KESIMPULAN

Terdapat sesetengah rasa sensasi dan pedih pada faraj boleh hilang dan sembuh dengan sendiri. Namun, sekiranya keadaan ini berterusan dan mengalami sebarang gejala atau simptom, anda dinasihatkan melakukan pemeriksaan doktor.

Sumber: SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×