Sihat

Terkejut Tengok Kencing Ada Buih, Ini Normal Atau Tidak Ya? Baca Sini Untuk Tahu

47
SHARES
kencing berbuih

Tahukah anda terdapat dua keadaan di mana, kencing berbuih itu sebagai petanda kepada masalah kesihatan atau bukan sebaliknya. Dua keadaan tersebut adalah kencing berbuih mempunyai jenis normal dan jenis yang tidak normal.

Melalui hantaran yang dibuat oleh Doktor Erna Nadia, kencing berbuih yang normal berlaku hanya sesekali manakala, jenis tidak normal kerap berlaku dan dalam tempoh masa yang lama. Justeru itu, mari ketahui lebih lanjut tentang masalah kesihatan yang bakal dihadapi, cara diagnosis dan rawatan yang diberikan.

Baca juga: Ada Ruam, Bintik-Bintik & Pedih Pada Kemaluan, Mungkin Anda Alami Penyakit Kelamin Ini

NORMAL ATAU TIDAK NORMAL KENCING BERBUIH ANDA?

kencing berbuih

Gambar hiasan: NorthwesternMedicine.

KENCING BERBUIH NORMAL APABILA…

Ianya boleh jadi normal dan tak normal. Normal kalau sesekali berlaku. Mungkin disebabkan nak terkencing sangat, lama tahan so sekali lepaskan tu kelajuan air kencing tu tahap 250km/seminit, punya tak tahan la kan.

Atau boleh jadi normal kalau haritu dia kurang minum air badan jadi dehydrated sikit lagi lagi masa bulan puasa.

Atau boleh jadi disebabkan oleh dia mengandung. Air kencing jadi pekat sikit. Tapi sesekali saja la. Kalau kerap jadi masa mengandung, memang tak normal dah.

Atau boleh jadi disebabkan oleh ubat tertentu. Yang ni kena rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut sama ada perlu teruskan ubat atau tidak.

Atau boleh jadi juga dalam mangkuk jamban tu ada sebarang chemical atau sabun yang digunakan so bila kena air kencing jadi berbuih. Ini normal of course.

TAK NORMAL APABILA…

Yang jadi tak normal adalah apabila kencing berbuih kerap berlaku dan dalam tempoh masa yang lama juga. Asal kencing je berbuih pastu dah sebulan dua pun tak settle lagi.

Pergi lah tandas mana-mana dan jenis apa pun, tetaplah kencing dia berbuih sebab tu kita kena alert juga dengan najis kita. Walaupun kita buang dia tapi kita mesti kena masih bertanggungjawab.

Lepas buang, usyar dulu. Elok ke tidak kejadian tu sebab warna air kencing pun penting. Ini next topic Insha Allah.

APA BERLAKU SEKIRANYA KENCING BERBUIH TAK NORMAL?

Jadi, apa berlaku kalau kata tak normal tu? Boleh jadi buah pinggang rosak atau ada masalah kesihatan lain.

1. MASALAH BUAH PINGGANG

kencing berbuih

Gambar hiasan: LifelineScreening.

Buah pinggang kita ini fungsi dia untuk filter/tapis bahan kumuh untuk keluar dari badan jika tak perlu atau terlebih.

Protien pun akan ditapis oleh buah pinggang. Protein ini penting untuk kegunaan badan kita terutama untuk maintain keseimbangan cecair dan garam galian dalam badan kita.

Jika seseorang itu ada masalah buah pinggang atau buah pinggang rosak atau bocor, protein ini akan bocor dari buah pinggang ke air kencing dan disebabkan itu air kencing akan jadi berbuih. Kerana kandungan albumin di dalam protein tersebut.

TANDA LAIN MEMPUNYAI MASALAH BUAH PINGGANG

Tanda lain seseorang ada masalah buah pinggang selain dari kencing berbuih, adalah:

  1. Kulit menjadi kering dan gatal.
  2. Sesak nafas atau mudah penat.
  3. Asyik berasa letih.
  4. Bengkak pada kaki.
  5. Meloya atau muntah.
  6. Kerap buang air kecil.

2. MASALAH KENCING MANIS

kencing berbuih

Gambar hiasan: Google.

Masalah kesihatan lain jika ada kencing berbuih adalah jika seseorang ada kencing manis. Kandungan gula yang tinggi dalam badan akan menyebabkan lebih banyak albumin akan dikumuhkan oleh buah pinggang.

Jadi salah satu komplikasi kencing manis adalah diabetic nephropathy, keadaan di mana berlaku perubahan tidak baik pada struktur dan fungsi buah pinggang. Dan disebabkan kencing manis tidak terkawal juga, salur darah di buah pinggang menjadi rosak di mana protein dan albumin akan bocor ke dalam air kencing.

TANDA LAIN PESAKIT KENCING MANIS BUAH PINGGANGNYA BERMASALAH

Tanda tanda lain pesakit kencing manis yang buah pinggang mula terganggu adalah:

  • Mata menjadi kabur/rabun.
  • Mulut/bibir menjadi kering.
  • Kerap rasa dahaga.
  • Asyik nak kencing.
  • Kerap merasa lapar.
  • Kulit kering dan gatal.
  • Sering merasa letih.

3. MASALAH PENYAKIT LAIN

Penyakit lain yang boleh sebabkan kencing berbuih adalah seperti amyloidosis dan juga sperma yang ternaik ke dalam salur kencing dan pundi kencing.

CARA DIAGNOS & RAWATAN

kencing berbuih

Bagaimana nak diagnos? Dengan pengambilan sampel air kencing. Jika doktor suspek air mani ada problem, sampel air mani juga diperlukan.

Cara rawatan adalah berdasarkan penyebab berlakunya masalah kencing berbuih ni. Kalau sebab penyakit, penyakit itu akan dirawat.

Contoh kawal kencing manis, kawal darah tinggi dengan baik atau hentikan ubat yang sebabkan kencing berbuih dan tukar ke ubat yang lain. Nanti ianya akan pulih dengan sendiri.

Jika anda kurang minum air, belajar untuk mula minum air kosong dengan cukup. Elakkan tahan kencing dan masturbat*on. Untuk lelaki, adalah sunnah untuk kencing secara duduk.

Yang penting, jika ada simptom seperti yang saya sebut di atas, boleh terus berjumpa doktor dan dapatkan rawatan ya. Tak ada khusus untuk kencing berbuih ini jadi jangan terpedaya ok.

Sumber: Facebook Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×