Dapur

Resepi Talbinah Barli, Beri Manfaat Kepada Seribu Masalah Kesihatan Termasuk Depresi

167
SHARES

Talbinah adalah makanan yang diperbuat daripada tepung gandum, biasanya dibuat dengan menambah susu dan madu atau juga serbuk barli kering. Dinamakan talbinah, kerana ia mempunyai persamaan dengan susu (al-laban), iaitu kerana sifatnya yang lembut dan putih.

Melalui perkongsian resepi dari Puan Mastura Rashid, dia sering mengamalkan memakan talbinah yang diperbuat dari barli. Menurutnya, talbinah merupakan penawar semula jadi dirinya yang dapat membantu menstabilkan mood dan emosi.

Baca juga: Resepi DIY Tepung Penaik, Hanya Guna 3 Bahan Mudah Yang Ada Di Dapur!

BANTU STABILKAN MOOD & EMOSI, RAWAT KESEDIHAN & DEPRESI

Semalam buat air barli. Harini saya buat talbinah dari barli yang dah masak semalam dan ini juga antara best natural remedy saya.

Setiap kali rasa down, saya akan makan talbinah kerana ia membantu stabilkan mood dan emosi saya selepas itu. Dalam perubatan islam, talbinah berkhasiat untuk merawat kesedihan dan depresi, seperti yang Rasulullah SAW sarankan.

Mudah je nak buat kalau kita dah masak barli. Talbinah ni pun saya buat dari barli yang dah dimasak semalam.

RESEPI TALBINAH BARLI

BAHAN-BAHAN:

Gambar hiasan: Google.

  • 3 sudu besar barli dimasak semalaman.
  • 2 cawan susu segar / fullcream.

BAHAN TABURAN:

Gambar hiasan: Google.

  • Kekacang
  • Buah kering (kranberi, tin, kiwi, aprikot)
  • Pisang
  • Madu

CARA PENYEDIAAN:

1. Scoop 3 sudu besar barli

2. Tambah 2 cawan susu segar atau fullcream

3. Kisar hingga hancur

4. Masak dalam pot kecil dengan api perlahan. Tak perlu tambah apa-apa pemanis, garam atau bahan penyedap.

5. Okeh nampak je susu nak mendidih, terus tutup api ya.

6. Masa nak makan, barulah saya akan tabur dengan kekacang, buah kering (kranberi, tin, kiwi, aprikot), pisang dan sedikit madu.

TIPS SEKIRANYA BARLI TIDAK DIMASAK:

1. Kalau belum masak barli, boleh blend halus biji barli mentah dan masak dengan susu segar atau full cream.

2. Nampak susu nak mendidih, terus tutup api.

FUNGSI-FUNGSI BARLI:

Gambar hiasan: Google.

Dalam perubatan cina, fungsi barli bagus untuk perut, limpa dan peparu. Mereka yang ada demam, batuk, fungsi perut kucar kacir, eloklah amalkan barli.

1. BOLEHKAH MAKAN BARLI WAKTU MENGANDUNG & MENYUSU?

Ada yang tanya, boleh tak makan barli waktu mengandung dan menyusu? Dalam perubatan cina, barli tak boleh dimakan ketika mengandung.

Tapi saya makan dan amalkan hampir setiap hari waktu mengandung kerana air barlilah yang menjadi pengalas perut dan beri tenaga waktu morning sickness teruk beberapa bulan.

Waktu menyusu dan berpantang juga saya minum air barli. Minuman ni membantu saya dan baby tidur lebih lena tanpa berjaga kerap tengah malam. Alhamdulillah susu tak drop. In fact khasiat barli pun baby boleh dapat melalui susu kita.

2. MANFAAT BARLI KEPADA MASALAH KESIHATAN

Secara amnya, barli bagus untuk meredakan demam, mengurangkan gula dan kolestrol dalam darah, merawat sistem penghadaman, anti-kanser, atasi darah tinggi, atasi insomnia dan menguatkan sistem pertahanan badan.

3. BAYI 7 BULAN & KE ATAS BOLEH DIBERIKAN TALBINAH

Gambar hiasan: Google.

Talbinah ni boleh diberi pada anak kecil ya. Seawal umur 7 bulan, bila anak dah boleh makan.

Untuk anak yang belum tumbuh gigi, saya sarankan bagi talbinah kosong. Barli dikisar lumat dan dimasak dengan susu segar. Tak perlu letak apa-apa pemanis atau perisa.

Kalau anak dah tumbuh gigi dan pandai makan bubur kasar, bolehlah blend kasar barli. Sama, bagi je talbinah kosong pada anak. Blend kasar tu untuk merangsang pertumbuhan gusi bila anak mengunyah-ngunyah. 

4. MAKANAN KESIHATAN BAGI INDIVIDU YANG ALAMI DEPRESI, DARAH TINGGI & KENCING MANIS

Untuk orang yang ada depresi, darah tinggi dan kencing manis, jadikan talbinah makanan kesihatan. Kalau boleh amal setiap hari, amalkan je.

Stock-up kekacang, buah kering dan madu asli di rumah untuk jadi penyedap talbinah.

InsyaAllah bila amalkan selalu, kita boleh nampak perubahan dari segi berat badan, saiz perut, bacaan gula & darah, dan emosi.

Itu saja sharing pagi ni. Semoga bermanfaat. 

Sumber: Facebook Mastura Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×