Dapur

Bukan Snek Biasa-Biasa! Rupanya Boleh Kurangkan Rasa Lapar Lepas Makan & Bersifat Antikanser

5
SHARES
cara kurangkan rasa lapar

Biasa tak lepas makan anda rasa lapar? Walaupun sebelum itu, dah makan makanan berat jadi terpaksalah makan lagi. Sebenarnya, kalau nak tahu ada cara kurangkan rasa lapar itu.

Melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, terdapat satu snek yang bagus untuk penghadaman. Ia bukan sembarangan snek tau. Hal ini kerana, ada banyak kelebihan yang dibekalkan kepada kesihatan badan seperti bersifat antikanser. Jom tengok resepinya di bawah!

Baca juga: Resepi Body Booster Minuman Sihat Untuk Badan, Bahan-Bahannya Memang Padu!

CARA KURANGKAN RASA LAPAR SELEPAS MAKAN UTAMA

cara kurangkan rasa lapar

Macam mana nak kurangkan lapar selepas waktu makan utama? Dan elak makan berlebihan? Jawapannya, ambil snek.

Tapi! Bukan snek segera. Bukan snek frozen seperti sosej, nuget, burger atau cikendes. Ini resepi snek sihat mudah dibuat guna chickpeas.

  1. Ia bagus untuk penghadaman.
  2. Bersifat antikanser.
  3. Rendahkan gula dan kolesterol dalam darah.
  4. Selain bantu kurangkan selera dan keinginan berjajan makanan tinggi garam.

RESEPI SNEK CHICKPEAS

BAHAN-BAHAN:

cara kurangkan rasa lapar

  • 1 mangkuk chickpeas (basuh & rendam).
  • 1 sudu makan minyak zaitun extra virgin.
  • 2 sudu teh serbuk cili.
  • 1/3 sudu teh garam Himalaya.
  • Sedikit madu (untuk salut).
  • Kulit limau nipis (diparut).

CARA MASAKAN GUNA AIR FRYER:

1. Gaul chickpeas dengan minyak, serbuk cili, madu dan garam.

2. Letakkan kertas bakar dalam bekas air fryer. Tuangkan campuran.

3. Ratakan. Bakar suhu 360°C selama 10 minit atau sampai rangup.

4. Bila dah siap, taburkan kulit limau dan gaul.

Mudah bukan? Sedap pun sedap. Yang penting, banyak nutrien tambahan untuk tubuh. Cubalah.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×