Dapur

“Makan 7 Biji Buah Cermai Ketika Kelaparan & Selit Doa Ibu, Kenyang Seharian..”- Pentingnya Rezeki Ada Barakah

7
SHARES

Apabila ada barakah pada rezeki, jumlah makanan yang sedikit mampu mengenyangkan tubuh badan sepanjang hari. Itulah tanda besarnya kekuasaan Allah SWT. Sebagaimana pengalaman hidup yang dirasai Doktor Rizal Abu Bakar sewaktu zaman kecilnya, yang pernah kelaparan kerana tiada hidangan sarapan dan bekalan wang sebelum pergi ke sekolah seperti kebiasaannya.

Oleh kerana teringatkan doa yang pernah dititipkan emaknya apabila makanan sedikit, lantas ia dibaca. Selepas memakan tujuh biji buah cermai yang sedikit itu, dirinya seharian tidak berasa lapar. Malah, boleh lagi bermain bola. Jom ikuti kisahnya di bawah.

Baca juga: Ini Kedudukan Betul Solat Berjemaah Di Rumah, Imam Wanita Pun Tak Keliru Lagi!

INDAHNYA BILA ADA BARAKAH PADA REZEKI

Gambar hiasan: Google.com.

PERUT LAPAR TAPI TIADA MAKANAN YANG BIASA DISEDIAKAN OLEH MAK

Masa tu lapar betul. Perut berbunyi sakan. Sekejap sekejap keluar bunyi gerrruup gerrruup. Tanda lapar betullah tu.

Saya tengok bawah tudung tak ada makanan macam selalu. “Mak terlupa kot” kata saya dalam hati. Pagi tu adik saya ikut mak sekali. Dia tak sihat.

Masa tu mak baru mula berniaga. Pagi saya dengan adik saja dekat rumah biasanya. Kebetulan dia tak sihat jadi dia ikut mak pergi berniaga.

Saya mencari-cari juga kot kot ada makanan terselit dekat mana-mana. Tapi tak jumpa. Keroncong dalam perut makin kuat.

PANJAT POKOK BUAH CERMAI DAPAT 7 BIJI BESAR “KENYANGKAH?”

Saya buka pintu belakang rumah. Pergi keluar. Nak cari kalau kalau ada buah yang boleh saya makan. Tapi buah jambu masih kecil. Buah durian belanda pun masih cinonit.

Saya pandang kanan. Tengok pokok buah cermai. Buah banyak. Saya panjat pokok. Cari buah yang besar sikit.

Dapatlah 7 biji sebesar biji goli. Dalam hati terdetik, “kenyang ka dengan 7 biji buah cermai ni”. Dalam sedang berfikir tu saya turun pokok. Masuk rumah. Cari lesung batu.

Terus tumbuk. Biji buah cermai saya buang. Saya keluarkan isi. Masukkan dalam pinggan. Cari kicap. Ambil gula. Masukkan kicap dan gula. Kacau bagi sebati.

SEBELUM MAKAN TERINGAT PESANAN EMAK DENGAN SATU DOA BILA MAKANAN SIKIT

Gambar hiasan: Google.com.

Masa nak makan saya teringat pesanan mak. Mak selalu kata kalau makanan sikit, minta dekat Allah bagi kenyang. Kata “Ya Allah bagilah rezeki ini kenyangkan aku.”

Saya pun ucap ayat doa yang sama. Dalam hati terlintas kata “kalau mak kata kenyang nanti mesti kenyang”. Saya pun makan. Habis licin. Siap jilat lagi pinggan berkicap gula tu.

Lepas makan saya bersiap pergi sekolah. Biasanya mak tinggalkan 10 sen duit sekolah. Tapi cari tak jumpa.

Tapi Subhanallah. Sepanjang tengahari sampai petang tak rasa lapar. Walaupun tak makan masa waktu rehat sekolah. Siap main bola lagi.

Bila dah tua ni baru faham barokah pada rezeki. Banyak itu bukan limpahan. Sikit pun bukan bermaksud kurang. Barokah yang penting.

Mulai moment makan buah cermai tu, setiap kali nak makan saya doa “Ya Allah bagilah rezeki ni kenyang dan sihatkan aku.”

Power doa ibu ni. Sampai sekarang Alhamdulillah berkesan.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×