Cendawan adalah makanan ‘real food’ yang merupakan vitamin kepada otak. Ia amat bagus diberikan kepada kanak-kanak sebagai sumber bahan utama dalam masakan. Hal ini kerana, terdapat pelbagai manfaat cendawan yang terkandung dan mungkin tidak anda ketahui, terutamanya cendawan enoki.
Sebagaimana perkongsian Puan Aini Zainal, yang menjelaskan khasiat cendawan enoki yang pelbagai untuk kebaikan kesihatan tubuh badan. Mari ikuti perinciannya di bawah.
Baca juga: Ini Petua Buang Bisa Isi Ikan Tongkol Yang Tak Ramai Tahu, Kurang Gatal Bila Makan!
VITAMIN OTAK ANAK DARI REAL FOOD: CENDAWAN
Vitamin otak anak ialah real food. Salah satunya adalah cendawan.
Allah cipta berjenis-jenis cendawan dengan sangat banyak kebaikan untuk badan kita. Ada yang belum biasa beri cendawan pada anak, kan? Tak apa, nanti boleh cuba.
Kita boleh mula berikan sekarang sebab nutritional benefits cendawan ini sangat banyak dan superb. Tapi yang penting, sebaiknya dan sebolehnya, dapatkan:
- Cendawan segar berbanding dalam tin.
- Yang segar kerana masih banyak nutrisinya.
- Versi better options, bebas racun serangga, bebas chemical/bahan kimia.
Majoriti cendawan adalah dari China. Ada juga dari Malaysia seperti Cendawan Tiram (Oyster Mushroom) dan Thailand. Jika dari China, saya pilih yang Organic Certified sebagai contoh, Organic Shiitake.
Enoki Mushroom di foto ini contohnya, better options dari Thailand. Ia bebas bahan kimia dan bebas racun serangga.
Harganya RM1.50 jika melalui Panda Mart. So kalau dapatkan di pasaraya saya rasa lebih murah. Ada makanan sihat berkhasiat yang harga mampu milik, elak pukul rata semua mahal.
MANFAAT CENDAWAN ENOKI
Manfaat ‘Enoki Mushroom‘ untuk anak-anak dan kita juga:
1. ANTIALLERGI & ANTIKANSER
2. MEMPERBAIKI SISTEM IMUN & JANTUNG
Memperbaiki sistem imun dan jantung yang lebih baik.
3. KAYA NUTRISI
Kaya nutrisi seperti protein, karbohidrat, serat, vitamin-vitamin penting dan banyak lagi. Makan makanan kaya nutrisi, sistem imun anak akan meningkat. Manfaatnya terus kepada otak juga.
4. MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH
Blood sugar level kita perlu sentiasa terkawal. Banyak kesan buruk jika sebaliknya. Ia bantu regulate paras gula dalam darah kita.
Tapi tak bermaksud kita tetap kena bagi anak makan atau minum manis kerap, ya?
5. KAYA ANTIOKSIDAN
Makanan bersifat antioksidan akan beri banyak manfaat pada sistem pada anak. Ia juga bantu lindungi daripada sesetengah risiko kanser.
6. ANTIBAKTERIA
Nampak simple je, sekadar mushroom. Tapi hari-hari anak terdedah dengar bakteria jahat, tak kira daripada selemah-lemah bakteria hinggalah kepada yang kuat dan menyebabkan sakit dan lambat sembuh.
Kuatkan sistem pertahanan anak melalui makanan harian yang baik.
7. ANTIRADANG
Bila badan dalam keradangan, badan tak sihat keadaan akan lebih teruk. Kerap ambil makanan antiradang akan bantu badan lebih terkawal keradangannya.
TIPS CUCI CENDAWAN
- Jika dapatkan mushroom di pasaran yang tiada label apa apa, rendam seketika dengan air campuran cuka atau baking soda.
- Biar cendawan terendam dalam 20 minit, kemudian baru bilas.
Ia dapat membantu buang pesticides residue yang ada pada cendawan. Jika tak dapat buang sepenuhnya sekalipun, ada usaha kita untuk buang.
Sumber: Facebook Ainini Zainal