Kebanyakan orang tidak tahu akan petua ini kerana tidak ramai yang mempunyai alahan dengan bisa isi ikan. Disebabkan itu, anda perlu mempelajari dan mengetahui tentang petua buang bisa ikan. Boleh jadi ia sebagai salah satu faktor mengurangkan atau menyembuhkan alahan kegatalan apabila anda menikmati ikan ini.
Ilmu petua membuang isi bisa ikan tongkol yang juga dikenali sebagai ikan kayu atau ikan aya ini dikongsikan oleh Puan Asmimy Abu Bakar. Malah, ia juga boleh digunakan pada ikan cencaru juga.
Baca juga: Ini Cara Mudah Bersihkan Siput Sedut, Hanya Guna Hampas Kelapa
PETUA BUANG BISA ISI IKAN
Petua nak buang isi bisa dalam ikan tongkol atau kayu atau aya. Petua ini arwah nenek yang ajar. Ada setengah ikan isi dia bisa untuk sesetengah orang yang makan. Kadang-kadang boleh sebabkan kegatalan pada badan.
Selalu kalau siang dua jenis ikan sahaja saya buat macam ini. Ikan tongkol dan cencaru. Betul atau tak petua ini wallahhua’lam.
Boleh refer gambar dekat bawah macam mana nak buang isi bisa pada ikan.
PETUA BUANG BISA IKAN TONGKOL PADA ISINYA
1. Caranya mudah sahaja. Mula-mula anda perlu pegang di bahagian hujung ekor ikan.
2. Kemudian, pulas atau pusing bahagian tersebut mengikut arah jam.
3. Terakhir sekali, hanya perlu tarik hujung ekor tersebut. Anda akan dapat melihat isi bisa ikan akan tertarik keluar sekali.
Taraaa! Isi bisa ikan dah keluar.
Sumber: Facebook Asmimy Abu Bakar