Dapur

Tips Simpan Udang Kekal Segar & Manis, Biarpun Dah Lama Beli

63
SHARES
tips simpan udang

Ramai sebenarnya suka membeli makanan laut atau seafood dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai jenis, apabila berada di pasar makanan basah. Disebabkan itu, anda perlu tahu tips simpan udang, ketam dan sotong seperti dikongsikan Puan Noor Hafiza Mohamad supaya mereka dapat tahan lama.

Lepas ini, tiadalah rasa membazir bila terpaksa buang seafood yang dah tak elok, kalau anda dah tahu petua ini. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Sambal Tempe Bilis Kacang Rangup 20K Perkongsian, Boleh Buat Stok!

PETUA SEAFOOD (UDANG SOTONG KETAM) KEKAL SEGAR

tips simpan udang

Petua seafood kekal segar, tidak berubah warna hitam, kekal rasa manis dan tekstur masih pejal seperti baru beli. Ada pelbagai petua untuk simpan seafood antaranya rendam dalam air dan frozenkan.

TIPS SIMPAN UDANG & SEAFOOD KEKAL SEGAR

Sis cuba cara tabur gula di permukaan bekas dan simpan dalam freezer (ruang sejuk beku).

tips simpan udang

1. UDANG

Pastikan lebihkan gula kerana ia paling sensitif dan warnanya mudah bertukar warna hitam. Setelah lebih 2 minggu, tekstur udang masih sama macam baru beli. Semalam sis keluarkan untuk buat tom yam.

2. KETAM & SOTONG

Bagi ketam dan sotong pula, simpan biasa tanpa awetan pon masih ok sebenarnya.

CARA PENYIMPANANNYA:

Udang sungai ini saya beli pada 26 Disember 2020. Selepas 2 minggu (11 Januari 2021), udang ini masih segar dan tidak berubah warna serta teksturnya.

tips simpan udang

Pastikan pelbagai jenis seafood disimpan dalam bekas untuk elakkan ia bertindih atau terpenyek. Kemudian, jangan lupa labelkan bekas supaya mudah untuk anda cari.

tips simpan udang

Nak seafood kekal segar dan manis isinya, anda tak perlu cuci dulu sebelum simpan. Nak masak barulah dibasuh.

tips simpan udang

Sumber: Facebook Noor Hafiza Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×