Sering kali, bila pergi ke pasar memang susah nak jumpa bahan masakan yang dijual dalam kuantiti sedikit dan terpaksa beli jumlah banyak walaupun nak pakai hanya sedikit saja. Oleh itu, anda memerlukan stok frozen bahan masakan, tidaklah rasa membazir kerana ia boleh guna pada lain masa.
Justeru itu, apa kata ikuti tips yang dikongsikan di bawah ini cara-cara menyimpan lebihan bahan masakan dengan cara ‘frozen’ supaya ia bertahan lama. Semoga dapat membantu!
Baca juga: Jom Belajar Teknik Hydroponik Takung Dari A-Z, Tak Pakai Elektrik & Sayur Gemuk-Gemuk!
LEBIHAN BAHAN MASAKAN, RUPANYA BOLEH ‘FROZENKAN’ JE!
Menurut Puan Ummi Kalsum Hassian, amatlah mudah untuk menggunakan cara ini. Anda hanya perlu basuh dan toskan kesemua bahan-bahan masakan. Kemudian barulah disimpan di peti sejuk beku.
Sis memang suka frozenkan bahan-bahan masak macam ni. Tahan lama dan tak perlu kerap nak pergi kedai.
Cara dia, basuh semua bahan. Toskan air. Masuk dalam bekas, dan bekukan. Tujuan toskan air tu sebab senang masa nak ambil tak payah defrost bahan-bahan.
P/s: Yang putih-putih tu ice. Mungkin masa tos tu air dia tak betul-betul kering.
STOK FROZEN BAHAN MASAKAN ANTARANYA ADALAH:
1. PETAI
Petai – yang suka crunchy cara ni tak sesuai.
2. DAUN PANDAN
3. HALIA
4. BUNGA KANTAN
5. SERAI
6. DAUN KARI
7. DAUN LIMAU PURUT
Sumber: Facebook Ummi Kalsum Hassian via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)