Dapur

Ibu Ini Kongsi Tips & Review Lauk Frozen, Jimat Masa!

77
SHARES

Makanan frozen mungkin adalah perkara baru bagi sesetengah orang tapi tidak bagi sesetengah individu yang bekerjaya. Mereka telah amalkan langkah bijak ini kerana mengetahui ianya dapat menjimatkan masa di dapur dan lebihan masa yang lain dapat dipraktikkan kepada keluarga tersayang.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Syaz Ahmad, mengenai tips dan pengalamannya menyediakan makanan frozen kepada netizen di sebuah page di laman sosial. Menerusi hantaran tersebut, perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai dan terima maklum balas yang baik kerana telah memudahkan urusan mereka yang baru pertama kali ingin mencubanya.

Jom baca!

Baca juga: Resepi Mi Goreng Mamak Versi Basah & Pedas, Sedap Menyengat!

IBU INI KONGSI TIPS & REVIEW LAUK FROZEN, JIMAT MASA!

LAUK FROZEN

Hari ni saya nak kongsikan journey saya berkecimpung dalam masak lauk frozen. Sedar tak sedar dah 5 bulan saya teruskan tanpa henti.

Permulaan dulu saya sediakan lauk frozen untuk 3 hari ke seminggu. Sekarang saya dah tambahkan lauk jadi 1- 2 minggu.

Kenapa saya masak lauk frozen? Untuk memudahkan kerja harian saya yang sering tak berkesempatan nak sediakan makanan fresh.

Saya bekerja sendiri dan dalam tempoh PKP saya perlu menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil dan saya juga ada seorang anak istimewa yang perlukan perhatian yang lebih. Alhamdullilah suami saya okay sahaja. Dia makan apa saja saya masak baik lauk frozen atau lauk fresh.

Sekiranya kami rasa bosan dengan lauk di dalam peti, kami akan order juga makanan lain. Dan sekiranya saya ada masa untuk masak makanan fresh, saya akan masak saja yang fresh.

Layan kan saja tekak nak makan apa. Yang dalam peti tu boleh terus simpan.

Disini saya kongsikan TIPS DAN CARA SAYA dalam penyediaan lauk frozen. Sekiranya ada kawan-kawan yang ingin memulakan masak lauk frozen, bolehlah merujuk post saya ini.

TIPS & REVIEW SAYA..

1. Jimatkan masa. Lauk banyak-banyak boleh siap dalam masa 2 jam. Sekali harung saja masak.

2. Rasa dia okay saja. Macam masak fresh.

3. Kalau nak letak sayur, letak last. Tutup api, dan kacau-kacau saja. Biarkan mentah. Nanti time panaskan baru masakkan dia. Macam sayur yang saya letak jenis kacang-kacang saja. Masuk peti ais dia tak lecur. Untuk sayur jenis daun tak boleh ya…

4. Kalau masak seafood, contoh udang atau sotong. Biarkan dia separuh masak. Nanti bila nak panaskan baru sambung masak dia.

5. Kalau masak yang berkuah boleh keringkan kuah dia. Nanti panaskan tambah air. Boleh jimat space dalam bekas. Jadi ala-ala pes gitu.

Pastikan labelkan bekas sebelum disimpan di dalam peti bagi memudahkan lagi urusan dan elak kekeliruan.

6. Pack siap-siap dalam bekas yang kecik-kecik. Bahagi-bahagi portion kecik supaya tak panaskan banyak kali.

7. Satu jenis lauk jangan masak banyak sangat. Cukup 3-5 portion. Nanti banyak sangat boring nak ulang lauk sama.

8. Plan nak masak apa supaya lebih teratur dan cepat siap semuanya. Contoh nak masak sambal 3 jenis.. haa.. buat sekali sambal tu 3 portion. Nanti masuk lauk saja.

9. Cari menu yang simple. Ingredient dia berulang. Tapi masih berbeza. Supaya penyediaan bahan yang lebih mudah.

10. Nak panaskan boleh panaskan guna microwave. Saya guna mode ‘defrost’ dalam 15 minit. *microwave masing2 berbeza2. Jadi kena try and error timing ni ya.

Kalau takde microwave, lebur je dlm kuali balik. Tambah kan air supaya tak hangit di bawah…

Kalau anda ada banyak dapur di rumah, bolehlah guna segala gadget dapur yang ada seperti Puan Syaz ini. Beliau menggunakan induction stove, air fryer dan kuali-kuali yang ada untuk menjimatkan masa dengan menjalankan semuanya serentak.

Saya halalkan perkongsian ini..Semoga bermanfaat.

Selepas ini bolehlah anda di rumah mencubanya terutama bagi mereka yang bekerja di rumah dan menyambil jaga anak-anak. Semoga berguna kepada semua.

Sumber: Facebook Syaz Ahmad via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×