Dapur

Resepi Mi Goreng Mamak Versi Basah & Pedas, Sedap Menyengat!

160
SHARES

Mi Goreng Mamak bukan menu makanan asing lagi buat rakyat Malaysia. Ianya sentiasa mendapat permintaan tinggi apabila berada di kedai mamak kerana ianya penuh dengan inti seperti telur dan tauhu. Rasanya juga pedas dan manis, kena dengan selera kita.

Bagi penggemar mi goreng mamak pasti teringin mencuba masaknya dirumah bukan? Namun, bila cuba buat rasanya kurang menjadi, tesktur mi tak lembab dan warnanya kurang naik.

Anda tak perlu risau lagi kerana Shahmlah JD telah berkongsi resepi rahsianya cara membuat mi goreng mamak yang pedas dan basah. Resepi beliau ini telah mendapat banyak perkongsian di Facebook tau. Jadi mari cuba buat di rumah!

Baca juga: Resepi Jagung Cawan Lemak Manis Cheese Tanpa Kukus, Meleleh Air Liur!

RESEPI MI GORENG MAMAK VERSI BASAH & PEDAS

Mee Goreng Mamak versi basah dan pedas.

Ramai saudara-saudari yang mintak resepi hari itu. Minta maaf sebab lambat update resepi. Hari ini saya update dengan resepi penuh seperti di bawah.

Ada yang bertanya macam mana nak salut mee seperti di dalam gambar, so saya dah bagi tekniknya sekali. Yang penting bahan-bahan yang dikasar untuk aroma dan rasa. Saudara-saudari yang ingin mencuba boleh lah ya.

BAHAN-BAHAN:

  • 600g Mi kuning
  • 1 Bawang besar
  • 5 Ulas bawang putih dikupas dan dihancurkan
  • 1 Tomato dihiris
  • 3 Biji telur saiz besar
  • 2 Cili hijau dihiris
  • 2 Tauhu dipotong kecil
  • 10 Fish ball dipotong separuh
  • Sawi
  • 3 Sudu besar sos tiram
  • 3 Sudu besar kicap pekat
  • 3 Sudu besar bawang goreng
  • 2 Sudu besar kacang tanah goreng dan dikisar kasar
  • 2 Cawan air (cawan pengukuran)
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIKISAR:

  • 8 Ulas bawang putih
  • 1 Bawang saiz kecil
  • 15g Ikan bilis
  • 5g Udang kering
  • 5 Cili kering (sesuaikan mengikut keinginan anda)

CARA MEMASAK:

1. Dalam kuali masukkan minyak. Sebaik sahaja minyak panas tambah bawang putih yang dihancurkan dan goreng sehingga aromatik.

2. Kemudian masukkan bawang yang dihiris dan goreng sehingga keperangan.

3. Masukkan tauhu dan bebola ikan. Anda boleh menambah apa-apa bahan-bahan lain seperti udang, sotong, etc mengikut citarasa sendiri. Goreng bahan-bahan hingga warna keemasan.

4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tomato. Kacau hingga sebati.

5. Masak sampai pecah minyak.

6. Sebaik sahaja pecah minyak, tuang 2 cawan air dan biarkan ia mendidih.

7. Sebaik sahaja ia mula mendidih tambah telur. Biarkan sebentar dan kacau perlahan-lahan.

8. Kemudian tambah mi, sos tiram, kicap pekat dan garam secukup rasa. Garam biar kurang sikit dari biasa sebab ada udang kering dan ikan bilis dalam bahan-bahan yang dikisar tadi.

9. Kacau hingga sebati dan biarkan hingga mi masak

10. Sebaik sahaja mi telah masak dan air sudah berkurangan, masukkan bawang goreng, cili hijau dan kacang tanah yang telah dikisar. Kacau hingga sebati.

11. Mee Goreng Mamak sedia untuk dihidangkan.

Cara memasak dengan gambar di Delicately Flavoured.

Dah siap! Sangat mudah bukan untuk anda buat selepas ni, boleh la juga menjamu tetamu di rumah nanti. Selamat mencuba dan menjamu selera.

Sumber: Facebook Shahmlam JD via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×