Dapur

Wah! Tak Sangka Pekatkan Kuah Makanan Hanya Guna Beras, Terus Wow Rasa Masakan

2
SHARES
tips memekatkan kuah makanan

Mungkin tidak ramai yang mengetahui, sebenarnya beras boleh digunakan di dalam masakan sebagai bahan untuk memekatkan kuah. Tips memekatkan kuah makanan ini dikongsikan oleh Puan Myss Deen. Di mana, tips ini diperolehi dari para penduduk tempatan hasil dari pengembaraannya di merata tempat.

Terdapat tiga cara penggunaan beras yang boleh digunakan untuk memekatkan kuah makanan. Malah, ia juga boleh digunakan untuk kecantikan wajah. Jom, ikuti tips memekatkan kuah makanan di bawah.

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Sate Garing, Lebih Sedap & Dapat Banyak Kalau Buat Sendiri!

TIPS MEMEKATKAN KUAH MAKANAN

tips memekatkan kuah makanan

Gambar: 8photo

Berkongsi ilmu dan pengalaman. Cara yang digunakan oleh banyak negara dan kaum (tetapi orang Melayu saya tak pasti) di dalam masakan bagi tujuan MEMEKATKAN KUAH makanan serta boleh menjadikan makanan mempunyai rasa yang istimewa.

Cara ini digunakan untuk masakan homemade dan catering atau restaurant. Sedikit contoh antara masakan yang boleh digunakan (kegunaannya meluas dan berbagai jenis makanan):

  • Kari
  • Sup
  • Stew
  • Tomyam 
  • Masakan Korea, Jepun, China, dan lain-lain

*Saya edit untuk maklumat tambahan. Beras perang dan beras basmathi tidak berapa sesuai digunakan mengikut pengalaman saya*

Gambar 1

tips memekatkan kuah makanan

  1. Beras (dalam gambar saya guna beras sushi kebiasaannya atau beras siam wangi) digoreng tanpa minyak sehingga ringan tetapi jangan bertukar kuning.
  2. Kemudian dikisar atau tumbuk hingga halus.
  3. Masukkan 1 sudu makan atau mengikut kuantiti yang bersesuaian ke dalam makanan berkuah selepas memasukkan cecair.
  4. Setelah itu, biar ia mendidih dan masak seperti biasa.

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Mudah, Bahannya ‘Special’ Tak Perlu Panas Minyak!

Gambar 2

  1. Hasil beras yang sudah digoreng dan ditumbuk halus dan sedia untuk digunakan.
  2. Serbuk ini juga boleh dicampurkan ke dalam pembuatan REMPAH seperti rempah kari, kurma, garam masala, sup dan lain-lain.
  3. Kalau rajin jadikan masker pun boleh.

Gambar 3

  1. Air bilasan air beras yang kedua. Apabila mencuci beras buang air yang pertama.
  2. Bilasan yang ke dua jangan letak air terlalu banyak untuk dapat hasil yang sesuai dan agak pekat.
  3. Letak air paras lebih sedikit dari beras dan digaul banyak kali.
  4. Kemudian tadahlah atau ambil air bilasan itu.
  5. Boleh disimpan di dalam chiller hingga 3 hari atau terus digunakan (jika terlalu lama bimbang basi).

Awal pagi tadi saya ada terbaca soalan dalam group ini bagaimana nak pekatkan sup, saya dah jawab di post tersebut. Post ini saya buat agar lebih ramai boleh berkongsi ilmu.

Ilmu ini saya perolehi dari kursus yang saya pernah hadiri. Juga dari perkongsian penduduk-penduduk tempatan yang saya temui ketika “pengembaraan-pengembaraan” yang pernah saya lakukan, juga dari pemerhatian-pemerhatian.

Saya juga gunakan cara yang sama dalam masakan harian saya atau untuk berniaga waktu dahulu. Semoga sedikit info ini ada membawa kebaikan kepada kita.

Baca juga: Petua Cempedak Goreng Cara Orang Kampung, Garing Tak Minyak & Laku Keras!

Sumber: Myss Deen via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Myss Deen / FirstCryParenting

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×