Dapur

Resipi Karipap Pusing Mudah, Bahannya ‘Special’ Tak Perlu Panas Minyak!

274
SHARES
resepi karipap pusing

Karipap pusing merupakan salah satu jenis karipap yang wujud. Keunikan karipap pusing terletak pada kulitnya yang mempunyai garisan bulatan, manakala karipap biasa tidak mempunyai apa-apa garisan. Malah, resepi karipap pusing di bawah ini juga mempunyai keistimewaan pada bahannya.

Sebagaimana resipi karipap pusing yang dikongsikan Puan Kencana Melor ini, bahannya tidak perlu mencairkan marjerin atau minyak panas di dalam adunan doh tetapi masih tetap cantik hasil kelimnya. Jom ikuti resipi di bawah!

Baca juga: Petua Cempedak Goreng Cara Orang Kampung, Garing Tak Minyak & Laku Keras!

RESEPI KARIPAP PUSING

resepi karipap pusing

Resepi karipap pusing yang mudah tetapi sedap! Bahan-bahan pun ringkas yang amat dan tak perlu cairkan majerin atau panaskan minyak.

Cara-carannya ada di bawah dan lain orang lain caranya. Macam saya dah bermacam resipi yang dicuba dan dibuat tetapi tak menjadi. Akhirnya, saya buat sendiri.

Lama-lama Alhmadulillah, dah menjadi kerja sampingan saya seorang suri rumah. Sekarang saya nak berkongsi untuk sahabat sekalian, lebih kurang minta dihalalkan.

Apa yang baik itu dari Allah SWT dan yang kurang itu dari saya. Ilmu dan seni masakan itu luas. Semoga bermanfaat.

Bahan doh marjerin:

Bahan doh gandum:

  • 3 cawan tepung gandum
  • Air secukupnya

Baca juga: Tips Simpan Daun Herba Masakan Pakai Plastik Aiskrim, Segar & Tahan Berbulan!

Langkah-langkah menghasilkan doh karipap pusing

resepi karipap pusing

Gambar: Doh marjerin berwarna kuning dan doh tepung berwarna putih.

Pertama sekali, ambil bahan doh marjerin dan sebatikan hingga menjadi doh. Doh tak lembik tak keras, sedang-sedang sahaja. Kemudian ketepikan.

Keduanya,  sebatikan bahan doh gandum dan uli hingga menjadi doh. Dah sudah ketepikan ia.

Bahagikan kedua-dua doh tadi kepada dua bahagian seperti gambar di atas.

Doh gandum dileperkan dan letak doh majerin atas doh gandum. Kemudian balutkan mereka bersama.

Gambar: Hasil balutan doh dari pandangan belakang (kiri) dan pandangan depan (kanan).

Seterusnya, gelek doh dengan pencanai hingga menjadi leper seperti gambar di bawah.

Setelah itu, gulungkan ia dan potong kepada dua bahagian.

Ambil satu bahagian batang doh yang telah dipotong dua tadi.

Kemudian gelek atau canaikan ia sehingga menjadi leper.

Gulungkan doh lagi sehingga menjadi seperti gambar di bahagian kanan atas.

Sesudah itu, potongkan doh tersebut tetapi jangan terlalu tebal atau nipis. Agak-agak sedang sahaja.

Langkah-langkah menghasilkan bentuk karipap pusing

Ambil satu hasil potongan nipis doh tadi. Nampak yang terjuntai dari gulungannya itu gambar di atas (kiri), adalah sebagai lapik bahagian bawah supaya inti tak keluar nanti.

resepi karipap pusing

Kemudian, letak macam gambar di atas (kanan) dan gelekkan dia.

Pusing belakang ke depan dan letak inti kesukaan korang.

Kelimkan kemas-kemas dan karipap pusing kelihatan ada pusar. Boleh buat siap-siap, selepas itu goreng hingga keperangan. Kalau nak frozen pun boleh.

Baca juga: Resipi Sambal Bilis Petai Tempoyak, Menu Ini Bikin Kecur Liur!

Sumber: Kencana Melor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×