Dapur

Resepi Apam Gula Hangus, Cuma Kukus 10 Minit Dalam Kuali Saja!

84
SHARES

Kuih apam gula hangus merupakan kuih tradisional yang menjadi kegemaran orang-orang lama. Resepi kali ini, penulis bawakan ia boleh dikukus di dalam kuali sahaja.

Malah, masa yang diambil ketika mengukus kuih tersebut hanyalah 10 minit sehingga ia kelihatan naik elok dan berkilat. Bahannya pula tidak banyak dan proses pembuatannya pun tidak renyah. Jom ikuti resepi yang dikongsikan Puan Nur Fairus di bawah.

Baca juga: Resepi Talbinah Barli, Beri Manfaat Kepada Seribu Masalah Kesihatan Termasuk Depresi

APAM GULA HANGUS KUKUS 10 MINIT DALAM KUALI

Apam gula hangus, kukus pakai kuali saja. Bahan-bahan pun semudah ABC.

RESEPI APAM GULA HANGUS

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung gandum 1 1/2 cawan.
  • Minyak 1/2 cawan.
  • Soda bikarbonat 1 sudu kecil.
  • Susu pekat 2 sudu kecil.
  • Telur 2 biji.
  • Air panas 1 cawan untuk gula hangus.
  • Gula putih 1 cawan.

CARA PENYEDIAANNYA:

Gambar: Apam gula hangus yang telah dipotong.

1. Mula-mula buat gula hangus. Ambil gula 1 cawan yang dihanguskan secantik habis sebab kejadian apam bergantung pada warna gula hangus.

2. Gula putih perlu dikacau perlahan-lahan sehingga bertukar warna sedikit keperangan. Baru masukkan air panas perlahan-lahan dan pastikan ia tidak terlalu gelap bagi mengelak rasa pahit.

3. Kisarkan gula hangus dan semua bahan di atas hingga sebati.

4. Sementara itu, pastikan pengukus telah pun dipanaskan bersama air kukusan di dalam kuali.

5. Bahan dikisar pula telah dimasukkan di dalam bekas adunan yang lebar supaya ia cepat masak.

6. Kemudian, letakkan jaring di dalam kuali sebelum meletakkan bekas adunan di atasnya.

7. Kukus di dalam kuali selama 10 minit dan jangan lupa tutup bekas adunan.

Apam gula hangus yang telah siap dikukus akan kelihatan naik elok dan berkilat. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nur Fairus Mohd Adam via Masak Apa Hari Ni..(MAHN) 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×