Dapur

Resepi Rahsia ‘Kejelitaan’ Cek Mek Molek, Tak Pecah Bila Goreng!

118
SHARES
resepi cek mek molek

Cek Mek Molek yang juga dikenali sebagai Cek Mek merupakan sejenis kuih tradisional yang amat popular dalam kalangan masyarakat di negeri Pantai Timur. Melihat kepada resepi cek mek molek, ia diperbuat daripada ubi keledek berwarna jingga bersama adunan tepung gandum dan berintikan gula.

Bab nak menggorengnya pula, perlu berhati-hati jika tersalah cara boleh menyebabkan ia pecah sehingga mengeluarkan air gula. Justeru itu, mari ikuti tips dan rahsia yang dikongsikan Puan Ju Mohamad untuk memastikan kuih Cek Mek Molek masih kekal ‘kejelitaannya’ sewaktu menggoreng.

Baca juga: Resipi Karipap Pusing Mudah, Bahannya ‘Special’ Tak Perlu Panas Minyak!

RESEPI CEK MEK MOLEK PANTAI TIMUR

resepi cek mek molek

Gambar: Ju Mohamad

Tip 1:

Uli adunan pada waktu malam, bulat-bulatkan dan simpan dalam peti ais. Esok baru goreng. Nanti tepung itu cantik. Tak bau gandum. (bulatkan kosong tanpa gula, nak goreng nanti baru letak gula).

Tip 2:

Masa mula-mula masukkan Cek Mek dalam minyak, besarkan sikit api. Golek-golek bagi bahagian lapisan luar tu jadi KULIT. Lepas itu, baru perlahankan api.

Teknik ini kita nak elakkan dari Cek Mek jadi buncit dan pecah keluar air gula masa goreng disebabkan api perlahan. Letak gula masa nak goreng. Dah letak gula, bentukkan terus masuk dalam kuali.

Gula terpulang nak letak banyak mana. Yang ini saya letak gula banyak, masa nak makan saya buang sikit air gula sebab manis sangat.

Baca juga: Resepi Tradisional Kuih LOPES Balutan Daun Pisang & Video Potong Guna Benang Je!

ADUNAN CEK MEK MOLEK

resepi cek mek molek

Gambar: Ju Mohamad

Part ini susah bab nak bagi sukatan sebab bergantung pada keadaan ubi. Ada ubi ok. Kadang-kadang nasib tak baik, terkena ubi lembik walaupun jenis sama.

Saya guna ubi keledek yang kulit OREN KEMERAHAN (isi oren).

  1. Rebus ubi dengan sedikit garam sampai empuk. Kasi kering air (jangan letak air banyak sangat).
  2. Saya sejukkan depan kipas (make sure kipas bersih tak bersawang).
  3. Lenyek ubi, saya lenyek dengan tapak gelas je (nak tumbuk pakai lesung pun boleh).
  4. Uli bila ubi dah sejuk. Masukkan gandum sikit-sikit, uli tepung sampai tak lekat dekat tangan (saya tak pandai bagi sukatan maaf ye).

Make sure jangan banyak tepung. Nanti keras. Tepung ini nak bagi ubi keledek jadi doh je. Sikit je guna.

***Ada tips letak baking powder, ada yang letak marjerin. Adunan saya guna ini, saya guna tepung gandum je. Tak ada letak apa-apa.  Garam dah letak masa rebus ubi. Tapi kalau rasa tak cukup masin, boleh tambah masa uli. Selamat mencuba!

Sekiranya masih kurang jelas, anda boleh lihat video penuh yang dikongsikan di sini.

resepi cek mek molek

Gambar: Ju Mohamad

Baca juga: Resepi Kuih Seri Muka Pandan ‘Step By Step’, Hijaunya Lebih Tebal & Lembut!

Sumber: Facebook Ju Mohamad via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Ju Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×