Dapur

5 Resepi Kuih Muih Tradisional Yang Popular & Sedap Untuk Berbuka, Tak Sah Kalau Tak Cuba!

71
SHARES
resepi kuih muih

Setiap kali ingin menjamu selera ketika berbuka puasa, salah satu jenis juadah yang wajib ada sudah semestinya kuih muih tradisional. Memang pelbagai jenis kuih tradisional yang dijual di bazar Ramadan namun sekali sekala apa salahnya mencuba resepi kuih muih tradisional di rumah pula kan?

Berikut merupakan antara 5 resepi kuih muih yang anda boleh cuba untuk jadikan sebagai juadah tambahan sempena berbuka puasa. Bila buat sendiri kuih ini barulah puasa nak makan banyak-banyak!

Baca juga: Basahkan Tekak Dengan 5 Resepi Air ‘Confirm’ Terliur Untuk Berbuka Puasa Ini, Nikmatnya…

5 RESEPI KUIH MUIH UNTUK BERBUKA PUASA

1. Apam puri

RESEPI KUIH MUIH

Bahan-bahan:

-2 cawan tepung gandum
-1/2 sudu kecil yis mauripan
-3 sudu gula
-2 1/2 air
-Pewarna kuning
-1/2 sudu kecil eno biru

Inti:

-Kelapa
-Gula merah
-Kacang tanah separuh hancur

Cara-cara:

-Bancuh semua hingga sebati dan perap 10 minit last sekali masukkan eno
-Inti buat macam kita nak buat kuih ketayap, kacang goreng dahulu dan tumbuk separuh hancur
-Lepas hancurkan dan masukkan dalam inti kelapa tadi

2.Kuih sagu

RESEPI KUIH MUIH

Bahan-bahan:

-Sagu setengah cawan
-Gula 5 sudu
-Kelapa parut + garam (kukus kejap)

Cara-cara:

-Bilas sagu dan rendam dengan pewarna rose (saya rendam 1 jam setengah)
-Lepas itu toskan, letak dalam satu bekas dan tambahkan gula, kacau-kacau
-Sudukan dalam acuan dan kukus selama 25-30 minit
-Kemudian gaulkan dalam kelapa..
-Siap,sedap! Langsung tak nampak putih-putih..merah jernih ja kuih lepas siap…
* manis yang saya guna manis-manis buah saja..kalau suka manis lagi boleh tambah gula sikit lagi

3.Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:

-2 cawan tepung pulut
-1 sudu besar tepung gandum
*1 cawan air..kalau rasa kurang lembut..tambah sedikit air
-1/2 ketul gula melaka..potong dadu kecil-kecil
-4-5 helai daun pandan kisar dengan *1 cawan air di atas
-Sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
-Kelapa parut putih + sedikit garam halus..gaul sebati (kukus sekejap)

Cara-cara:

-Dalam bekas berisi kedua tepung, gaul rata dan tuang air pandan, sedikit pewarna hijau. Uli-uli dan jadikan doh yang lembut
-Buat bulat-bulat doh agak-agak nak besar mana. Tekan leper doh tadi dan isikan gula melaka, bulatkan semula..buat sehingga habis doh
-Sebelum itu panaskan air hingga mendidih. Masukkan 2 helai daun pandan, simpulkan dan masukkan doh tadi dalam periuk. Timbul di permukaan boleh angkat doh itu guna penapis kecil. Lalukan sekejap bawah air paip..toskan
-Golekkan buah mekaka atas kelapa parut putih bagi rata dan siap boleh makan!

4.Bingka tepung beras

Bahan-bahan:

-6 cawan tepung beras (saya pakai cap teratai)
-2 cawan gula
-2 sudu teh garam halus
-9 cawan santan

Cara-cara:

-Kacau sampai larut tapis
-Kacau atas api sampai naik wap
-Panaskan oven dahulu sampai panas
-1 sudu teh minyak masak letak dalam loyang
-Tuang tepung tadi bakar sampai masak

5.Kuih Abok-Abok/ Tepung Gomak

Bahan Inti:
-2 cawan kelapa parut
-1/2 cawan gula merah
-1/2 cawan gula pasir
-1/4 air

Bahan Kulit:
-150 gram tepung pulut
-1/2 cawan air
-Sedikit garam

Bahan Sadur (75 g kacang hijau – digoreng tanpa minyak hingga keperangan, dikisar & diayak.)

Cara-Cara:

Untuk membuat Inti : Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak sehingga air kering. Ketepikan & biar ia sejuk.
Panaskan periuk yang mengandungi air.

-Sementara menunggu air mendidih, kita uli doh ye. Uli tepung yang tepung diletakkan sedikit garam dengan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh dan adunan tidak melekat. (seperti membuat doh buah melaka).

-Bentuk-bentukkan bulat inti supaya mudah untuk diletakkan atas doh kulit. Ambil doh sebesar bola pingpong, bulat dan leperkan tepung, masukkan inti ditengahnya dan bulatkan semula. Leperkan sikit .

-Seterusnya apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah diintikan dan dibentuk tadi. Tunggu sehingga ia timbul (macam buat buah melaka juga la)

-Kuih dah timbul, tunggu apa lagi cedok dan toskan dengan penapis. Jangan tunggu lama-lama terus sadurkan ia dengan kacang hijau yang telah dikisar. (boleh juga guna tepung kacang hijau yang tersedia jual.)

*Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Simpan Bunga Kantan Boleh Tahan Sampai 6 Bulan, Bila Masak Aroma Harum Tetap Sama!

Sumber: Sri Sal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×