Dapur

Alamak, Terlambat Bangun Sahur? Ini 9 Makanan Paling Cepat Anda Boleh Siapkan & Sedap!

9
SHARES
makanan untuk sahur

“Alamak, lagi 15 minit nak habis waktu sahur! Makanan untuk sahur apa cepat dimasak ni?”

Sudah pasti anda pernah mengalami situasi kelam-kelabut macam di atas bukan? Maklumlah, terlampau letih sehingga jam penggera bangun untuk makan sahur pun kita tidak dengar. Jangan risau, ada idea menu sahur yang anda boleh buat secepat 5 minit sahaja untuk bantu membekalkan tenaga berpuasa esok hari. Jom kita tengok, apakah menu tersebut?

Baca juga: Resepi Telur Bistik Daging Melimpah Ruah, Guna Daging Burger Je Paling Cepat & Sedap!

9 MAKANAN UNTUK SAHUR YANG EKSPRES & MENGENYANGKAN!

1. Kurma

makanan untuk sahur

Foto: Sendokibu

Inilah idea makanan sahur yang paling cepat dan sudah semestinya mengenyangkan. Buah kurma sememangnya cukup sinonim pada bulan Ramadan. Dengan rasa manis semulajadi dan tinggi kandungan serat, buah kurma tidak hanya sunnah untuk dimakan ketika waktu berbuka, malah ia juga sesuai untuk dimakan pada ketika bersahur.

2.Telur separuh masak

makanan untuk sahur

Foto: eCentral

Telur sangat kaya dengan khasiat protein, lemak sihat, mineral, vitamin serta rendah kalori. Kepelbagaian nutrisi dalam telur jugalah yang membuatkan kita kenyang dengan lebih lama pada siang hari sepanjang berpuasa. Selain masak telur kicap, paling cepat untuk disiapkan adalah anda buat sahaja telur separuh masak.

3.Nasi goreng

Foto: Freepik

Siapa sahaja yang tidak menggemari nasi goreng bukan? Bukan sahaja mudah untuk dimasak, malah sekarang dah banyak dijual pes-pes nasi goreng segera yang anda boleh beli. Tumiskan sahaja pes (kalau ada) atau tumiskan bawang dan cili, kemudian masukkan nasi putih sejuk dan goreng bersama telur. Kalau anda terbangun sahur lewat pun sempat masak!

4.Oat dan susu

Foto: Freepik

Tidak dapat disangkal lagi, mengambil oat memang dapat mengenyangkan perut. Tambah pula kalau digandingkan bersama susu, mesti perut anda akan rasa kurang lapar sepanjang berpuasa. Kalau bangun lewat dan hanya tinggal 10 minit sahaja waktu sahur, bancuh oat dan susu dan minum tapi kalau buat persiapan awal, anda boleh buat overnight oat dan letak buah-buahan!

5.Pasta goreng

Foto: Freepik

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa makanan seperti pasta, spaghetti dan macaroni dapat membuatkan perut anda lebih kenyang dalam tempoh yang lama. Tak susah pun sebenarnya, cara masak pun macam masak nasi goreng dan sangat cepat.

6.Sambal sardin telur pecah

Foto: Resepi CheNom

Ini adalah antara menu yang menjadi rebutan bila sahur. Bukan sahaja sedap bila makan dengan nasi panas, malah kalau dimakan dengan roti pun sedap. Tak mengambil masa yang lama untuk siap dimasak, ini boleh dijadikan menu ekspres bila anda bangun sahur.

7.Roti bakar

Foto: Freepik

Seperti makan di kopitiam semasa sarapan, tak salah juga kalau anda sediakan roti bakar bersama sapuan kaya untuk dimakan semasa sahur. Paling senang adalah anda perlu ada roti dan pembakar roti sahaja dan mengambil masa selama 5 minit untuk siap dibakar. Nak cicah bersama air teh pun boleh.

8.Mi/Bihun Sup

Foto: Freepik

Kalau bosan asyik makan nasi, anda juga boleh makan mi atau bihun sup semasa sahur. Pengambilan makanan seperti mi dan bihun ini juga boleh membantu untuk mengenyangkan perut dan tidak membuat perut meragam. Tambah pula apabila dimakan bersama sup yang ditumis bersama bawang dan sedikit ikan bilis, rasa sedap sahaja perut nanti.

9.Ikan bilis goreng kicap

Foto: Resepi CheNom

Ini juga merupakan menu popular semasa zaman bujang dan zaman belajar di universiti. Bukan sahaja enak dimakan semasa sahur, ikan bilis goreng kicap juga sesuai dijadikan menu berbuka untuk anda yang ingin berjimat. Mudah sahaja, goreng ikan bilis sehingga garing bersama bawang dan masukkan kicap, gaul sehingga sebati. Siap!

*Jangan lupa bangun sahur ya, di situlah terletaknya kemanisan dan keberkatan bulan Ramadan untuk dinikmati!

Baca juga: Jangan Rendam & Simpan Air Nabeez Kurma Lebih 3 Hari, Boleh Jadi ‘Haram’ Untuk Diminum!

Sumber: MyResipi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×