Sihat

Boleh Tidur Selepas Sahur Tapi Dengan Satu Syarat, Kena Ikut Waktu Afdal INI Barulah Tak Letih!

35
SHARES
tidur selepas sahur

“Mengantuknya mata nak bangun sahur! Awal lagi nak siap pergi kerja nanti, nak tidur selepas sahur sekejap lagi..”

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita yang bangun untuk makan sahur, akan tidur semula sebentar selepas menjamu selera bagi membekalkan tenaga. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya tidur selepas sahur yang dianggap dapat menghilangkan mengantuk sebenarnya akan menyebabkan badan anda bertambah letih! Sebab itulah dari zaman Rasulullah SAW lagi sehingga kini menyarankan anda untuk tidak tidur selepas sahur, kalau nak tidur pun ada waktunya anda kena ikut. Macam ini…

Baca juga: Makan Buah Anggur Yang Ada Biji Lagi Bagus Dari ‘Seedless’, Jangan Diludah Buang!

SIAPA DEKAT SINI ‘KAKI’ TIDUR SELEPAS SAHUR?

tidur selepas sahur

Foto: Freepik

Nanti masuk bulan Ramadan, mesti akan bangun untuk bersahur. Ya lah nak ‘isi minyak’ siap-siap sebab perjalanan nanti ambil masa 13 -14 jam tanpa stop. Bermula dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari. Siapa dekat sini kaki tidur lepas sahur? Nak tahu tak apa jadi kalau lepas bersahur tu anda buat keputusan untuk tidur?

1.DEHIDRASI

Tidur lepas sahur antara penyebab ‘dehydration’. Tubuh tak dapat cukup air untuk berfungsi.Sebabnya? Air yang diambil sewaktu sahur tadi tidak diserap tetapi dibawa ke pundi kencing apabila tidur. Sebab tu bila bangun je, kering semacam tekak. Cepat letih. Kurang bertenaga, lesu.

2.MASALAH PENGHADAMAN

Makanan yang dimakan tak diproses seperti sepatutnya. Sisa jadi toksid. Nutrisi tak diserap. Tubuh kena kerja lebih keras untuk hadam makanan dimakan.Pesta bunyi keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi. Paling menakutkan, perut mula memulas. Gastrik, GERD kata mari….

3.BRAIN FOG/LEMAU

Interaksi otak dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi. Fikiran senang melayang. Kurang motivasi untuk produktif. Lemau.Kita beria ria sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur HAPUSKAN semuanya.

tidur selepas sahur

Foto: Freepik

*Kalau lah nak juga tidur atau memang kena tidur. Lakukannya SELEPAS 4 JAM dari waktu makan sahur. Boleh begitu? Nampaknya, hari cuti bekerja sahaja lah boleh tidur 4 jam selepas sahur ya. Selamat berpuasa!

Baca juga: Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×