Sihat

10 Sebab Anda Kena Makan Terung, Khasiat Nombor 4 Paling Tak Sangka!

10
SHARES
khasiat terung

Seringkali, menu berasaskan sayur terung yang menjadi kegilaan ramai adalah terung balado yang berasal dari Indonesia. Mempunyai rasa yang enak dan mudah untuk diolah menjadi bahan utama dalam menu, terdapat 1001 khasiat terung yang ramai orang kurang tahu.

Walaupun dikatakan menjadi salah satu jenis sayur yang membuatkan badan berangin, terung sebenarnya membekalkan macam-macam jenis khasiat sehinggalah dikatakan boleh bantu melawan sel-sel kanser!

Baca juga: Cara Tanam Terung Sampai Berbuah Lebat Selebatnya, Setiap Hari Boleh Petik Makan!

10 KHASIAT TERUNG UNTUK KESIHATAN BADAN

khasiat terung

Foto: Hiloved

1. Rendah kalori

Sememangnya, kalori diperlukan untuk aktiviti fizikal, tetapi jika berlebihan, ia sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu, pengambilan terung merupakan makanan sihat yang rendah kalori, rendah lemak tetapi kaya dengan serat. Jadi orang dewasa dan kanak-kanak mudah berasa kenyang tanpa perlu makan dengan banyak.

2.Kurangkan risiko sakit jantung

Kaya dengan kandungan antioksidan, beberapa kajian menunjukkan bahawa manfaat terung dapat bantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian lain menunjukkan bahawa terung mungkin mempunyai kesan yang baik perlindungan pada jantung.

3.Boleh meningkatkan kawalan gula darah

Menambahkan terung dalam diet kita juga boleh membantu mengawal gula dalam darah. Dalam jurnal Mechanism of Action of Dietary Fiber in The Human Colon, terung kaya dengan serat, yang melalui sistem pencernaan secara utuh. Terung sesuai juga dengan diet untuk mengawal diabetes.

4.Mencegah lupa ingatan

Tahukah anda bahawa nasunin, sejenis anthocyanin yang ada dalam kulit terung boleh membantu melindungi sel-sel dalam otak daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas? Nasunin juga dapat membantu mengangkut nutrien ke dalam sel dan membuang bahan toksik. Malah, antosianin juga membantu mencegah keradangan saraf dan meningkatkan aliran darah ke otak

5.Menjaga kesihatan mata

Khasiat terung juga memainkan peranan dalam kesihatan mata. Ia mengandungi antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin. Lutein nampaknya memainkan peranan dalam kesihatan mata, dan boleh membantu mencegah degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pada orang yang lebih tua.

6.Mencegah kecacatan pada janin

Siapa sangka, manfaat terung seterusnya adalah untuk wanita hamil yang sedang menjaga kesihatan janin. Terung mengandungi asid folik yang tinggi penting untuk ibu hamil.

7.Kaya dengan zat besi dan kalsium

Berita baiknya ialah manfaat kesihatan terung ialah ia kaya dengan zat besi dan kalsium yang diperlukan. Mineral ini membantu mempercepatkan pertumbuhan tulang yang membolehkan kanak-kanak membesar dengan lebih tinggi dan lebih kuat.

8.Bantu turunkan berat badan

Faedah terung ialah ia kaya dengan serat dan rendah kalori, menjadikannya makanan tambahan yang sangat baik untuk sebarang program penurunan berat badan yang mungkin anda sedang lakukan. Terung sering digunakan sebagai pengganti serat yang tinggi dan rendah kalori.

9.Meningkatkan metabolisme

Oleh kerana terung bagus untuk menurunkan berat badan, terung juga bagus untuk meningkatkan tahap imunisasi dalam badan. Kandungan fitonutrien dalam terung juga boleh melindungi sel-sel otak. Malah, khasiat terung untuk lelaki dan wanita sangat berguna dalam meningkatkan fungsi badan.

10.Bantu lawan kanser

Ramai yang tidak tahu bahawa terung juga dikatakan dapat melawan kanser. Terung mengandungi beberapa bahan yang berpotensi untuk melawan sel kanser, sebagai contoh, solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs) yang merupakan sejenis sebatian yang terdapat dalam beberapa tumbuhan nightshade, termasuk terung.

khasiat terung

Foto: RASA

*Jadi, buat peminat terung, teruskan amalan makan terung kerana sangat bagus untuk kesihatan!

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Lada Hitam Untuk Menu Berpantang, Punyalah Senang Si Suami Pun Boleh Buat!

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×