Dapur

Tips Masak Terung Tak Lembik Dan Tak Serap Minyak, Baru Lebih Sihat!

6
SHARES
TERUNG GORENG

Perasan tak setiap kali masak terung goreng pasti akan serap minyak dan menjadi lembik? Sebenarnya, terdapat satu cara boleh dicuba untuk megelakkan terung serap minyak.

Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya memberitahu bahawa hanya dengan meletakkan 1 bahan ini, terung akan tidak serap minyak. Ini bermakna anda boleh menikmatinya dengan cara lebih sihat!

Baca juga: Tips Masak Mee Basah Lebih Sedap, Letak Satu Bahan Rahsia Ini Waktu Rebus!

CARA MASAK TERUNG GORENG LEBIH SIHAT, LETAK 1 BAHAN INI

TERUNG GORENG

Nak masak terung tapi takut serap minyak? Ada petua untuk elakkannya.

1. Taburkan garam pada kedua sisi terung yang dipotong. Biarkan dalam 45 minit hingga sejam.

2. Kemudian, guna kain bersih. Tekup pada kedua sisi bagi kering. Jangan bilas dengan air.

3. Akhir sekali, gaul terung dalam tepung ubi kayu.

Kalau saya, paling mudah stim saja. Nak kelainan sedikit saute dengan garlic dan sedikit olive oil. Cara ini digunakan untuk mengekalkan nutrisi terung sebanyak yang mungkin.

Siapa tak makan terung rugi sebab antioksidan dalam terung semua power seperti:

  • Solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs)
  • Chlorogenic acid
  • Sumber anti-kanser
  • Bersifat pro-apoptosis
  • Keupayaan matikan sel berbahaya

Terung antara sayur bantu baiki kerosakan DNA dan cegah mutasi sel menurut kajian dalam jurnal Mutation Research tahun 2019.

Luar biasa bukan khasiat terung? Jangan lupa makan!

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Telur Rebus Tanpa Air, Tak Sampai 5 Minit Dah Siap. Memang Elok Kejadiannya!

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×