‘Kemunculan’ jerawat di muka sudah tentunya boleh mengganggu keyakinan diri seseorang. Jadi, antara tips hilangkan jerawat boleh dicuba adalah dengan menggunakan masker semula jadi buatan sendiri.
Menerusi perkongsian Aisyah Badar Bajrai di laman Facebooknya, masker ini sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat. Jom cuba!
Baca juga: 10 Tips Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan, Baru Lebih Kuat Dan Sihat Selalu
TIPS HILANGKAN JERAWAT GUNA MASKER INI, MUKA TERUS LICIN
Ini salah satu masker kesukaan Aisyah. Bukan setakat senang nak buat, kos dia pun murah sangat. Aisyah guna tepung beras sahaja. Cara nak buat dia senang sahaja.
1. Ambil 1 sudu besar tepung beras dan bancuh menggunakan air mineral atau air tapis.
2. Kacau sehingga sebati dan sapu rata di seluruh bahagian muka.
3. Biarkan sehingga kering dan sedia untuk dibilas bersih.
Kalau nak dapat kesan lebih puas hati, boleh buat setiap hari. Jerawat memang cepat kecut dan kulit jadi lembut seperti bayi. Wah!
Masker ini juga ada kelebihan yang lain, antaranya:
- Anti-aging
- Serap lebihan minyak di muka
- Merawat kulit kusam
- Hilangkan sunburn
- Cerahkan kulit
- Lembutkan kulit
- Kurangkan gelap bawah mata
- Hilangkan parut jerawat
- Anjalkan kulit
Jadi, siapa yang dah ada tepung beras dekat rumah, malam ini dah boleh tepek dekat muka. Barulah makin cantik dan kulit licin.
Selamat mencuba!
Baca juga: 10 Tips Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan, Baru Lebih Kuat Dan Sihat Selalu
Sumber: Facebook Aisyah Badar Bajrai