Sihat

Wah! Mandian Air Limau Boleh Naikkan Seri Muka, Bukan Hanya Untuk Masakan Je

14
SHARES
MANFAAT MANDI AIR LIMAU

Buah limau bukan sahaja boleh digunakan dalam minuman dan masakan tetapi juga untuk mandian. Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang belum tahu manfaat mandi air limau.

Antaranya adalah boleh mencerahkan kulit dan mengurangkan sakit badan. Ia juga dikatakan boleh merawat demam. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: STOP Buat 5 Tabiat Ini Masa Memasak, Boleh Bahayakan Kesihatan!

BANYAK MANFAAT MANDI AIR LIMAU, BOLEH KURANGKAN SAKIT BADAN

MANFAAT MANDI AIR LIMAU

1. Bau aromaterapi

Bau sitrus lemon boleh mencipta aroma yang menyegarkan dan dalam masa yang sama ia juga membantu meningkatkan mood serta mengurangkan stres.

2. Cerahkan kulit

Sekiranya anda ingin mencerahkan kulit dan menaikkan seri wajah, cuba mandi air limau bersama beberapa kuntum bunga untuk aura positif.

Caranya adalah:

– Ambil 3 biji limau nipis. Potong kepada 4 bahagian.

– Masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk dan perahkan limau.

– Masukkan kuntuman bunga dan mandi seperti biasa.

– Tak perlu bilas menggunakan air biasa. Hanya lap badan sehingga kering.

3. Bertindak sebagai anti penuaan

Dengan peningkatan usia dan pendedahan kepada sinaran UV ia boleh menyebabkan bintik-bintik gelap dan tanda-tanda penuaan.

Dengan mandi menggunakan air limau, ia boleh menggalakkan kolagen dan memininumkan tanda-tanda penuaan kerana mengandungi vitamin C.

4. Kurangkan bau badan

Manfaat mandi air limau seterusnya adalah mampu menghilangkan bau badan. Hal ini kerana buah limau kaya dengan anti oksidan dan mampu membantu membunuh kuman.

5. Merawat kelemumur

Sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur yang teruk, boleh cuba mandi air limau untuk mengurangkannya. Caranya adalah potong limau nipis dan gosok di bahagian kulit kepala.

Bilas kepala menggunakan jus limau sebelum membasuh kepala. Ulang 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil.

6. Hilangkan sakit badan

Manfaat mandi air limau seterusnya adalah boleh mengurangkan sakit badan dan lenguh. Ini merupakan rawatan tradisional yang berkesan boleh anda cuba.

Caranya adalah:

– Sediakan 3 biji limau nipis. Potong nipis.

– Sediakan satu pek ais dan segenggam garam bukit atau garam kasar.

– Masukkan semua bahan tadi ke dalam satu baldi air.

– Biarkan seketika supaya air menjadi sejuk. Sambil meramas limau agar air limau sebati dengan garam dan ais.

– Mandi dengan air limau berserta ais dan garam tadi. Mulakan dengan menjirus kaki terlebih dahulu dan naik ke atas. Jangan jirus terus ke kepala.

– Kalau tak mampu mandi seluruh badan akibat tak tahan dengan kesejukannya, sebagai alternatif anda boleh rendamkan kaki dalam air yang disediakan tadi.

7. Merawat demam

Manfaat mandi limau nipis yang terakhir adalah dapat mengurangkan dan merawat demam secara semula jadi.

Baca juga: 8 Jenis Buah Yang Boleh Dikukus Ini Ternyata Memang Bagus Untuk Kesihatan

Sumber: Stylecraze

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×