Nur

Jangan Normalisasikan 5 Aktiviti Ini Untuk Elak Penyakit Ain, Rasulullah SAW Pun Bagi Amaran!

14
SHARES
penyakit ain

Seringkali kita mendengar orang bercakap mengenai penyakit ain namun tidak mempercayainya sehinggalah ‘terkena’ pada batang hidung sendiri. Penyakit yang tidak boleh nampak oleh mata kasar ini adalah sangat berbahaya kerana tidak boleh dirawat menggunakan ubat medikal.

Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan penyakit yang disebut sendiri oleh Rasulullah SAW ini, terdapat 5 perkara atau aktiviti utama yang tidak boleh dinormalisasikan. InsyaAllah kalau kita elak, kita terselamat!

Baca juga: Ramai Pernah Rasa Tanda-Tanda Penyakit Ain Tapi Tak Sedar, Rupanya Anda ‘Mangsa’!

JANGAN NORMALISASI 5 AKTIVITI INI UNTUK ELAK PENYAKIT AIN

penyakit ain

1. Menunjuk kebahagiaan secara berlebihan

Rasulullah SAW bersabda:

“Mintalah pertolongan atas segala hajat kalian dengan merahsiakannya, kerana setiap orang yang memiliki nikmat akan ada yang dengki kepadanya,”- (Hadis Riwayat Al-Tabarani)

Manusia zaman sekarang sering terjebak dengan keperluan untuk “update” semua yang berlaku dalam hidup, terutamanya perkara membahagiakan. Setiap hadiah daripada pasangan, percutian mewah, atau pencapaian kecil dikongsi tanpa fikir panjang. Kita lupa, tidak semua yang melihat itu mampu menerima kebahagiaan kita dengan hati yang lapang. Ada yang sedang diuji dengan pasangan yang bermasalah, ada yang sedang berjuang melawan kesusahan.

Ini nasihat untuk diri saya.. Kalau ada sahabat yang mahu ambil nasihat ini untuk nasihat diri sendiri, silakan. Semoga ada manfaatnya. Bahagia itu pinjaman daripada Allah. Kalau kita tidak menjaga adab dalam mensyukurinya, ia boleh menjadi asbab hilangnya nikmat itu. Bayangkan kebahagiaan yang kita banggakan perlahan-lahan berubah menjadi musibah hanya kerana kita lalai menjaga privasi.

Terlalu terdedah. Semua mahu bagitau. Semua mahu expose, bayangkan makanan yang tidak ditutup. Lalat hinggap, dan ada risiko tercemar kerana telur lalat. Akhirnya siapa yang makan, boleh kena mudarat. Begitulah perumpamaannya bila kita terlalu mendedahkan kehidupan kita

2.Kongsi kejayaan tanpa hikmah

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila salah seorang kamu melihat sesuatu yang mengagumkan pada dirinya atau pada saudaranya, maka ucapkanlah: ‘Allahumma barik fiha’ (Ya Allah, berkatilah nikmat itu)”- (Hadis Riwayat Ahmad)

Zaman sekarang, kejayaan sering dijadikan bahan untuk dipamerkan. Slip gaji, pencapaian anak, kejayaan bisnes, semua mahu dikongsi. Kadang-kadang, niat asal kita hanyalah mahu meraikan kejayaan atau memberi inspirasi. Tetapi, tanpa disertakan hikmah dan pengajaran, perkongsian itu boleh mengundang iri hati orang lain atau menjadi ujian kepada kita sendiri. Bahkan seperti saya explain di atas, kalau orang terlebih kagum pun boleh jadi punca ‘ain.

Ini adalah nasihat untuk diri saya. Kejayaan adalah rezeki daripada Allah, amanah untuk kita pelihara dengan penuh syukur. Bayangkan jika rezeki yang kita banggakan hilang begitu sahaja, bukan kerana takdir semata-mata, tetapi kerana kita sendiri lupa menjaga adabnya. Kita terlalu sibuk mahu “show off” hingga lupa bahawa Allah boleh menarik rezeki itu bila-bila masa.
Terlalu terbuka. Semua mahu tunjuk. Semua mahu viral. Sama seperti memegang gelas kaca yang indah tetapi fragile; satu langkah tersilap, ia boleh pecah berderai. Begitulah kejayaan jika tidak dijaga dengan hikmah dan doa keberkatan.

3.Pamerkan kecantikan atau fizikal berlebihan

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya penyakit ain itu benar, ia dapat memasukkan seseorang ke dalam kubur dan memasukkan unta ke dalam periuk masakan,”- (Hadis Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani)

Kecantikan adalah nikmat, tetapi ia juga ujian. Dalam dunia media sosial, selfie dengan solekan yang indah memukau pandangan, gambar tubuh langsing selepas bersenam, atau gaya hidup glamor sering menjadi trend. Kita fikir kecantikan itu hak kita, tetapi ramai lupa bahawa pandangan mata yang kagum tanpa doa keberkatan boleh membawa mudarat besar. bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang yang melihat.

Ini juga peringatan untuk diri saya. Allah yang memberi kecantikan, dan Allah yang boleh mengambilnya semula. Jangan terlalu terbuka hingga lupa menjaga aurat, lupa menjaga privasi. Bayangkan kecantikan yang kita banggakan menjadi punca kita ditimpa ujian. Sakit yang tidak jelas puncanya, hubungan yang tiba-tiba tegang, atau hidup yang semakin tidak tenang. semua ini boleh berlaku akibat ain.

Terlalu terbuka. Semua mahu nampak cantik. Semua mahu dilihat sempurna. Tapi seperti bunga yang terlalu lama dijemur matahari, kecantikan itu akhirnya layu dan hilang. Begitulah kecantikan yang tidak dijaga dengan privasi dan adab yang sewajarnya. Kagum melihat kecantikan diri sendiri juga boleh menjadi punca ain ya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang mengagumkan pada dirinya sendiri atau hartanya, maka hendaklah dia mendoakan keberkatan untuk dirinya sendiri, kerana ain itu benar,”- (Hadis Riwayat Ibn Sunni, disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith as-Sahihah no. 1426)

4. Mengabaikan zikir dan doa perlindungan

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada perlindungan yang lebih baik daripada Allah. Bacalah zikir pagi dan petang untuk melindungi diri daripada bahaya,”-(Hadis Riwayat Bukhari)

Pernahkah kita tanya diri kita, berapa kali kita luangkan masa untuk lindungi diri dan keluarga dengan zikir pagi dan petang? Sedangkan zikir ini adalah perisai yang Rasulullah SAW ajarkan untuk hindarkan kita daripada penyakit ain dan bahaya lain. Tapi kita sibuk. sibuk bekerja, sibuk scroll media sosial, sibuk dengan perkara dunia sampai lupa kepada Allah.

Ini sekali lagi adalah peringatan untuk diri saya. Jangan tunggu musibah jadi baru mahu kembali kepada Allah. Bayangkan seorang ibu yang kehilangan anaknya, seorang ayah yang tiba-tiba jatuh sakit, atau seorang isteri yang hidupnya tidak lagi tenang; hanya kerana lalai memohon perlindungan Allah. Na’udzubillah. Mungkin bab zikir ni ramai tidak rasa penting. Tapi percayalah, satu hari kita akan sesali hari-hari yang telah kita lalui tanpa hidupkan zikir dalamnya. Jangan cakap saya tiada kasi ingat ya.

Kita ni telampau lalai. Semua mahu cepat. Semua mahu selesai laju-laju. Mahu result yang express. Tapi macam rumah yang tidak berkunci di malam hari, hidup kita terdedah kepada ancaman yang tidak nampak. Begitulah keadaan kita tanpa zikir dan doa perlindungan. Kita fikir kita selamat dalam rumah. Tapi tidak kunci rumah itu dengan kunci yang sudah disediakan, iaitu zikir

5.Tidak menjaga privasi nikmat yang Allah beri

Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu memalingkan kedua matamu kepada apa yang Kami berikan kepada golongan mereka sebagai kesenangan hidup di dunia.”- (Surah Taha: 131)

Zaman sekarang, privasi seperti sudah hilang nilainya. Semua perkara mahu dikongsi. rumah baru, kereta mewah, barangan berjenama. Kita lupa bahawa tidak semua yang melihat itu gembira untuk kita. Ada mata yang iri, ada hati yang tidak senang. Dan tanpa kita sedar, semua ini membuka pintu kepada penyakit ain. Dan, jangan lupa. Kalau orang kagum juga boleh jadi punca ain.

Kenapa? Kita mahu orang kagum dengan kita? Ini juga peringatan untuk diri saya. Nikmat itu pinjaman daripada Allah. Jika kita tidak menjaganya dengan kesyukuran dan privasi, ia boleh menjadi risiko nikmat-nikmat ini hilang dalam sekelip mata. Kadang kita rasa tidak logik.

penyakit ain

“Aku sudah usaha. Kenapa macam tiada hasil. Dulu ramai customer, sekarang tidak dimana silap ya? Teknik macam-macam. Marketing macam-macam. Eh! Kenapa ilmu aku belajar tidak menjadi”. Tanpa sedar, kita sedang dihinggapi ain. Bayangkan jika harta yang kita pamerkan menjadi punca kita jatuh miskin, atau kebahagiaan yang kita tunjukkan menjadi sebab keluarga kita diuji. Na’udzubillah.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Marhamah Rosli

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×