Nur

Mimpi Sesuatu Berwarna Putih Dalam Islam Tanda Anda Ada Saka? Ini Maksudnya…

36
SHARES
mimpi pakai baju putih

“Semalam aku ada mimpi pakai baju putih..adakah ini petanda aku dah nak mati?”

Banyak sungguh tafsiran mengenai mimpi bukan? Ada yang menyeramkan, menggembirakan dan ada juga yang hanya dilupakan sejurus bangun dari tidur. Tambah pula kalau bermimpi sesuatu berwarna putih, ada yang mengatakan ini membawa maksud yang bagus dan ada juga tidak kerana dikatakan berkaitan saka. Ini penjelasannya…

Baca juga: Ada Orang Nak Masuk Minang? Ini Tafsiran Dalam Islam Bila Mimpi Ular, Harimau Dan Buaya

MIMPI PAKAI BAJU PUTIH DAN SEMUA YANG BERKAITAN PUTIH?

mimpi pakai baju putih

Adakah tuan-tuan pernah bermimpi buaya, ular, harimau dan pelbagai lagi haiwan yang menakutkan di alam nyata? Cuba amati kembali, apakah warna haiwan-haiwan itu di dalam mimpi tersebut? Jikalau berwarna putih, tahniah! Itu merupakan petanda mimpi yang cukup baik.

Bukan sahaja berkenaan haiwan, andai bermimpi manusia yang indah serta berpakaian serba putih, mimpi bulan yang sinarannya terang sehingga hampir putih, mimpi kabus putih dan lain-lain, sekalipun tetap semuanya memberikan petanda yang baik juga, insha’Allah.

Sekiranya mimpi bersimbolik putih itu berulang pula banyak kali di dalam suatu tempoh masa yang tertentu contohnya seperti sebanyak tiga kali di dalam tempoh seminggu, itu bakal memperkuatkan lagi kesan realisasi petanda positif dari mimpi tersebut.

Seperti mana yang tuan-tuan tahu, mimpi adalah sebuah elemen seni yang terlalulah mendalam, ianya abstrak, bermetafora malah lagi hiperbola. Hanya insan-insan yang kelahirannya berdarah seni sahaja yang mampu mentafsir sesebuah mimpi, bukan insan-insan yang jenis zahiriah (materialist).

APAKAH PETANDA MIMPI TERSEBUT?

mimpi pakai baju putih

Umum mengetahui bahawa warna putih itu melambangkan kesucian, kesempurnaan, kombinasi segala spektrum cahaya maka sudah tentulah maksudnya juga adalah sedemikian. Mimpi putih selalunya membawa tanda berupa pelbagai jenis rezeki.

Jika sakit akan menemui kesembuhan

– Andai berhutang, akan terlangsai

– Akan bertemu insan-insan yang mulia

– Mendapat ilmu-ilmu yang bermanfaat

– Dilindungi dari malapetaka dan bencana

– Mendapat zuriat yang baik, dan lain-lain

Andai tuan-tuan gemar bersedekah kepada ahli keluarga yang kesusahan dan juga anak-anak yatim, membahagiakan insan-insan yang sedang menderita, memberi makan haiwan-haiwan terbiar yang kelaparan, konsisten beribadah tahajud, maka selain mendapat ganjaran pahala dan 1001 kebaikan yang lain, kadang-kadang, turut hadir juga khadam-khadam yang baik.

Mereka ini lalu mendamping diri tuan-tuan dan membantu pelbagai urusan kehidupan seharian tanpa tuan-tuan sedari serta tanpa pula perlu bersahabat dengannya.

Kehadirannya mungkin berbentuk simbolik/metafora di alam mimpi contohnya didatangi ular berwarna putih, harimau putih, lelaki indah berpakaian putih. Apa-apapun, tidak semua mimpi seperti itu melambangkan keterlibatan jin saka. Justeru, mimpi berkaitan jin saka itu memiliki ciri-ciri khasnya yang jauh lebih spesifik.

Mimpi berkaitan warna hitam pula lazimnya membawa petanda yang turut juga bersifat seperti warna tersebut (disambiguation) iaitu berkaitan kegelapan, kesuraman, sesuatu yang berat. Ular hitam yang berbisa, lembaga hitam, asap hitam, sungai yang dalam dan gelap, semuanya berkaitan kehambatan rezeki dan cabaran hidup. Ia adalah sebuah petunjuk kurangnya ‘nur’ dan perlu dipancarkan.

Jin-jin yang jahat juga apabila masuk ke dalam mimpi akan memberikan kesan mimpi yang gelap, seram dan misteri. Jika mendapat mimpi seperi ini, lakukanlah sesuatu sepantas yang mungkin.

#NOTA: Mimpi yang membawa petanda lazimnya adalah mimpi yang jenis lucid dan vivid. Mimpi jenis lucid itu bukanlah sejenis bunga tidur, ia menandakan sukma tuan-tuan terjaga di saat jasad yang sedang masih lagi tidur. Pada saat itu, kepelbagaian ‘rahsia’ akan terbongkar.

*Jadi, kalau ada bermimpi sesuatu berwarna putih, jangan risau. Apa yang anda perlu risau kalau mimpi sesuatu berwarna lain ya!

Baca juga: Rindunya Rasa Hati…Amal Doa Ini Untuk Gandakan Pahala Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal

Sumber: Anwar Suran

Foto: Tribun News

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×