Sihat

Rasa Macam Nak Mati Bila Di Tempat Sempit, Rupanya Claustrophobia Sejenis Penyakit Mental

4
SHARES
TANDA CLAUSTROPHOBIA

“Cuak dah aku ni nak masuk gua kejap lagi, memang sah ada tanda claustrophobia!”

Kalau anda perasan, terdapat beberapa situasi apabila anda berada di tempat sempit seperti masuk gua atau terowong, anda akan mula berpeluh-peluh. Ini bukanlah sekadar peluh biasa malah ditambah dengan rasa gementar dan hanya fikirkan mati sahaja! Bahaya tu!

Inilah yang dipanggil fobia tempat sempit atau nama saintifiknya ‘Claustrophobia’ di mana anda akan mengelak untuk berada di tempat yang terhad kawasan seperti terkurung. Jika anda ada tanda-tanda yang disenaraikan di bawah, inilah masanya bagi anda mendapatkan rawatan.

Baca juga: Rasa Diri ‘Gah’ & Lebih Bagus, Kenali Personaliti Narsistik Kerana Anda Mungkin Orangnya!

TAKUTNYA ADA DALAM TEMPAT SEMPIT, RUPANYA ANDA ADA TANDA CLAUSTROPHOBIA!

TANDA CLAUSTROPHOBIA

Claustrophobia atau klaustrofobia adalah salah sejenis fobia yang hadir dengan rasa takut dan cemas berlebihan ketika berada di kawasan ruang sempit. Sebagai contoh, ketika anda berada di dalam lif, terowong, laluan bawah tanah, sehingga ke tandas awam yang kecil.

Begitu juga dengan kes meragut nyawa yang berlaku di luar negara baru-baru ini, apabila anda melihat video tragedi kapal selam Titan. Mula lah di saat ini anda terbayang situasi claustrophobia dalam ruang kapal selam yang sempit dan terkurung beribu ribu kaki dalam dasar laut. Mesti gelabah bukan?

Sesiapa yang ada fobia terhadap ruang tertutup boleh menyebabkan individu mengelakkan situasi atau tempat tertentu, seperti lif yang sesak, bilik kecil atau terowong.

Antara gejala anda mengalami claustrophobia adalah:

-Gementar.
Rasa panas atau sejuk secara tiba-tiba
-Sesak napas
-Denyut jantung cepat
-Sesak di dada
-Mual
-Sakit kepala dan pening
Rasa macam nak pengsan, kebas kaki dan tangan
-Bibir kering
-Telinga berdengung.

Rupa-rupanya, penyakit yang dikategorikan dalam salah satu jenis penyakit mental ini biasanya,  disebabkan oleh suatu kejadian di masa lalu yang dapat menyebabkan trauma. Apalagi, jika pengalaman tersebut terjadi ketika anda masih anak-anak. Jadi, tidak hairanlah mengapa situasi ini terjadi kepada diri anda.

TANDA CLAUSTROPHOBIA

*Jika anda atau seseorang yang anda kenali mengalami claustrophobia atau sebarang gangguan kecemasan lain, anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional daripada profesional kesihatan mental.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×