Suami Isteri

Masalah Kesuburan Lelaki Di Malaysia Membimbangkan, Jangan Salahkan Perempuan Je!

2
SHARES
masalah kesuburan lelaki

Seringkali menjadi perbualan ramai adalah isu berkaitan kesuburan wanita. Jika wanita tersebut tidak boleh hamil, hanya kaum wanita sahaja yang dipersalahkan 100% tanpa memikirkan masalah kesuburan lelaki.

Namun, tahukah anda bahawa masalah ke­suburan dalam kalangan lelaki di negara ini juga berada pada tahap membimbangkan? Risau! Kena bawa pasangan pergi buat pemeriksaan cepat.

Baca juga: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…

MASALAH KESUBURAN LELAKI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN

masalah kesuburan lelaki

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ujian analisis sperma lelaki dari makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 60 peratus keputusan yang dijalankan didapati abnormal. Timbalan Menteri Pemba­ngunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, ini antara faktor kesihatan yang menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan tersebut.

“Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.

“Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin,” katanya.

LPPKN SEDIAKAN KLINIK KESEJAHTERAAN LELAKI

masalah kesuburan lelaki

Oleh itu, sebagai langkah produktif kerajaan telah mewujudkan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi Oktober tahun lepas di Klinik Subfertiliti LPPKN di ibu negara dan akan diperluas ke enam lagi Klinik LPPKN di seluruh Semenanjung dan Sarawak tahun ini.

Klinik ini menawarkan perkhidmatan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan hidup sihat serta rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan.

Dalam usaha membantu pasangan berkahwin tangani masalah kesuburan, LPPKN ada menawarkan rawatan kesuburan sejak 1979 di Zon Utara iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, Zon Tengah di Klinik Subfertiliti di Kuala Lumpur dan untuk Zon Selatan (Klinik Subfertiliti) di Johor,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa inisiatif rawatan di fasiliti LPPKN itu sehingga kini telah berjaya mencatat 6,000 kehamilan dan 4,000 kelahiran yang merupakan satu pencapaian setanding pusat rawatan kesuburan antarabangsa.

*Jadi, jangan asyik nak salahkan perempuan je ye. 

Sumber: Utusan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×