40 Minggu

Banyak Kali Dah Cuba Tapi Tak ‘Lekat’, Rupanya Ini Antara 5 Punca Anda Sukar Hamil

76
SHARES
Punca Susah Hamil

“Dah lama kahwin, tengok orang lain senang hamil rasa cemburu pula. Apa punca susah hamil yang aku lalui ni?”

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pastinya mengidamkan zuriat secepat mungkin. Namun, rezeki tersebut bukan diberi kepada semua pasangan dan ada yang perlu mencuba untuk hamil selama beberapa kali. Kadang-kadang tertanya pada diri sendiri, apa lagi punca yang menyebabkan diri anda sukar untuk hamil?

Jangan terlampau menyalahkan diri sendiri, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan melakukan pemeriksaan dan mengenal pasti antara 5 punca ini yang menyebabkan sukar untuk anda ‘lekat’ dan hamil.

Baca juga: Hanya Besar Sebutir Beras, Indahnya Proses Perkembangan Janin Semasa Trimester Pertama

PUNCA SUSAH HAMIL, MASALAH INI BUKAN DATANG DARI WANITA JE!

punca sukar hamil

Terdapat banyak kemungkinan yang menjadi penyebab anda sukar untuk hamil. Puncanya mungkin termasuk ketidakteraturan ovulasi, masalah struktur dalam sistem pembiakan, bilangan sperma yang rendah, masalah perubatan, atau tidak cukup mencuba.

Berikut merupakan 5 lagi tanda yang menjadi punca kenapa anda sukar hamil. Mungkin inilah salah satu jawapan yang anda cari?

1.Gangguan semasa ovulasi

Gangguan kesuburan ini adalah berkaitan masalah kitaran haid wanita yang tidak teratur dalam kalangan wanita. Kondisi boleh menyebabkan sel telur tidak matang dan sukar untuk menjadi subur.

Salah satu sebab yang menjadikan gangguan semasa ovulasi adalah sindrom PCOS apabila ada satu tahap anda tidak melalui kitaran haid selama berbulan-bulan. Bukan itu sahaja, berat badan berlebihan atau terlalu kurang pun boleh menyebabkan gangguan semasa ovulasi.

2. Saluran telur tersumbat

Wanita memiliki sepasang kantung telur dan sepasang saluran dari kantung telur. Saluran telur tersebut menjadi tempat bertemunya sperma dan sel telur. Apabila terjadi penyumbatan pada saluran tersebut, maka proses pembuahan janin juga bakal sukar untuk membuahkan hasil.

3. Endometriosis

Pertumbuhan jaringan atau sel yang tidak normal seperti endometriosis di organ reproduksi wanita juga boleh menjadi faktor penyebab wanita susah hamil. Gejala endometriosis yang paling biasa berlaku adalah seperti sakit haid dan sakit pelvis pada masa-masa selain waktu haid. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang menghidap endometriosis mempunyai simptom ini.

Sesetengah orang hanya mendapati mereka menghidapi endometriosis ketika melakukan pemeriksaan kemandulan.

4.Gangguan di dalam rahim

Pertumbuhan di dalam kawasan rahim  juga boleh menyebabkan embrio tidak boleh terbentuk dengan sempurna di dinding rahim. Kondisi ini juga boleh mengganggu kesuburan wanita. Menurut pakar, kebanyakan penyebab wanita susah hamil dapat dikesan dari masalah kesihatan harian wanita.

Jadi penting untuk anda periksa tahap kesihatan anda setiap hari khususnya dari segi kitaran haid dan pemakanan.

5. Kesuburan lelaki

Isu kesuburan bukan hanya berlaku kepada orang wanita sahaja ya. Tahukah anda bahawa dalam 20% hingga 30% pasangan lelaki-perempuan tidak subur adalah pasangan lelaki mempunyai masalah kesuburan. 40% lagi pasangan mempunyai faktor ketidaksuburan dalam kedua-dua pasangan. Bukan salah wanita sahaja tau!

Kemandulan lelaki jarang mempunyai simptom yang boleh dilihat tanpa analisis air mani, iaitu ujian yang mengukur kesihatan air mani dan sperma. Pastikan doktor kedua-dua pasangan tahu anda sedang mencuba untuk hamil, dan anda berdua diuji untuk mengesan masalah kesuburan.

punca sukar hamil

 *Jadi, janganlah makcik-makcik hanya menyalahkan pihak wanita sahaja ya kalau berkaitan hamil dan kesuburan ini. Apa kata nasihatkan supaya kedua-dua pihak dari lelaki dan wanita menjalani pemeriksaan pakar. Barulah adil!

Sumber: Health Kompas, VeryWellFamily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×