40 Minggu

Kenapa Bayi Aktif Menendang Pada Waktu Malam? Mama Kena Risau Tak?

35
SHARES
janin aktif bergerak

“Aduh, tak boleh tidur la setiap malam sebab janin aktif bergerak waktu macam ni…”

Seringkali mendengar kisah yang dikongsikan oleh ibu hamil adalah mereka tidak mempunyai waktu tidur yang cukup pada waktu malam. Hal ini kerana si ibu berhadapan dengan pergerakan janin atau bayi dalam kandungan yang lebih aktif berbanding pada waktu siang. Kenapa perkara ini berlaku?

Baca juga: Orang Cakap Saiz Payudara Besar Barulah Susu Badan Banyak, Betul Atau Mitos?

KENAPA JANIN AKTIF BERGERAK PADA WAKTU MALAM?

janin bergerak aktif

Menurut Parenting Firstcry, rupa-rupanya bayi dalam kandungan berada dalam kategori makhluk nokturnal. Seperti yang kita tahu apabila berada dalam kategori nokturnal, mereka lebih aktif pada waktu malam.

Menurut kajian dari University of Auckland juga, 74.5 peratus ibu di dunia merasakan gerakan bayi pada waktu malam ketika ingin tidur. Patutlah ramai ibu yang mengatakan mereka akan terjaga pada waktu malam kerana kejutan dalam perut.  Salah satu gerakan bayi pada malam hari yang paling mudah dirasakan adalah tendangan.

1.Bayi rasa tak selesa : Tendangan ini adalah kerana bayi tidak merasa selesa dan kurang ruang untuk dia bergerak di dalam kandungan.

2.Terdengar suara ibu : Bukan itu sahaja, bayi juga boleh menendang kerana terdengar suara si ibu atau suara yang tidak dikenali.

3.Pergerakan ibu yang diam : Bayi lebih banyak bergerak pada waktu malam kerana pergerakan ibu yang terhad. Bila waktu siang, si ibu akan membuat aktiviti seolah-olah menggoyang perut jadi bayi lebih mudah untuk tidur.

Oleh itu, penting juga untuk si ibu tahu bahawa apabila usia kehamilan mencapai tujuh bulan, bayi sudah dapat mengenali suara ibunya dan inilah masa untuk ibu dan anak berkomunikasi.

APA NAK BUAT UNTUK SENYAPKAN BAYI?

janin bergerak aktif

Terdapat beberapa aktiviti yang si ibu boleh lakukan supaya anda tidak terlampau beraktiviti pada waktu malam supaya si ibu dapat tidur dengan lena. Antaranya adalah:

1.Usap perut : Salah satu teknik untuk menenangkan bayi dalam kandungan adalah dengan mengusap perut. Bukan itu sahaja, anda pun boleh pasang muzik perlahan sambil mengusap perut.

2. Banyakkan aktiviti : Untuk menenangkan bayi supaya tidak terlampau bergerak adalah dengan si ibu melakukan aktiviti ringan seperti menonton TV atau melipat baju.

*Namun, si ibu kena peka apabila bayi dalam kandungan tidak bergerak dalam tempoh yang lama atau berhari-hari. Dapatkan rawatan dengan scan kandungan untuk perkembangan terkini. 

Sumber: WhatToExpect.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×