40 Minggu

Jangan Pandang Ringan Buku Pink Semasa Hamil, Doktor Kongsi 5 Kepentingan Ibarat ‘Nyawa’!

12
SHARES
buka buku pink

Baru-baru ini kecoh dengan isu berkenaan jenazah bayi yang dibekukan dan kisah ini semakin ‘melarat’ apabila ada kenyataan mengatakan ibu kepada kepada bayi tersebut tidak buka buku pink semasa hamil. Perkara ini mengundang pelbagai persoalan kerana buku pink diibaratkan sebagai ‘nyawa’ kepada ibu yang sedang hamil.

Kenapa diibaratkan sebagai ‘nyawa’ kepada ibu-ibu hamil? Berikut merupakan penjelasan dari Doktor Samhan.

Baca juga: Dr Imelda ‘Dedah’ Sindrom Ekstrem Bayi Satu Mata & Tanpa Hidung Berlaku 1 Dalam 100,000 Kelahiran

PENTINGNYA BAKAL IBU BUKA BUKU PINK

buka buku pink

Doktor Samhan berkongsi di laman X tentang kepentingan untuk bakal ibu buka buku pink semasa hamil. Malah, dirinya sebagai seorang ayah juga turut menasihatkan kepada para suami untuk memberi perhatian tentang kesihatan isteri yang hamil.

“Buat bakal ibu tolong buka buku pink seawal kehamilan. Saya bercakap sebagai seorang doktor, suami dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. Saya percaya mungkin ramai lagi di luar sana tiada kesedaran tentang kepentingan buku pink. Kenapa buku pink sangat penting?”

1. REKOD KESIHATAN LENGKAP

Semua maklumat seperti tekanan darah, ujian darah, dan perkembangan bayi dicatat. Ini memudahkan doktor memantau kehamilan.

2. KESAN KOMPLIKASI AWAL

Risiko seperti anemia, kencing manis, dan tekanan darah tinggi dapat dikesan lebih awal untuk rawatan segera.

3. KESAN KECACATAN JANIN

Melalui imbasan dan pemeriksaan berkala, buku pink membantu doktor mengenal pasti masalah seperti cyclopia (cyclops), iaitu keadaan bayi dengan satu mata akibat masalah perkembangan otak.

4. JADUAL JANJI TEMU TERATUR

Semua tarikh penting dicatat supaya ibu tidak terlepas pemeriksaan penting.

5.PERSEDIAAN BERSALIN LEBIH SELAMAT

Dalam situasi kecemasan, buku pink membantu doktor membuat keputusan berdasarkan rekod lengkap kehamilan.

buka buku pink

Jangan pandang ringan buku pink ini! Mahal ke nak buka buku pink dan buat check up? Di klinik kerajaan, cuma RM1 untuk buka buku pink. Kos ini sangat berbaloi untuk kesihatan ibu dan bayi. Jangan pandang ringan! Pastikan anda buka buku pink seawal mungkin.

Baca juga: 17 Kali Keguguran, Wanita Kongsi Kisah Diceraikan Suami Gara-Gara Tak Boleh Bagi Ramai Anak

Sumber: X @DoktorSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×