40 Minggu

Dr Imelda ‘Dedah’ Sindrom Ekstrem Bayi Satu Mata & Tanpa Hidung Berlaku 1 Dalam 100,000 Kelahiran

9
SHARES
bayi satu mata

Tular mengenai kelahiran bayi satu mata dan tiada hidung baru-baru ini membuka mata ramai mengenai Sindrom Cyclopia. Sindrom yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan satu mata dan tanpa hidung ini merupakan kes paling ekstrem kerana ia berlaku satu dalam 100,000 kelahiran.

Pakar Kehamilan Berisiko Tinggi di sebuah pusat perubatan, Profesor Dr Imelda Balchin tampil menjelasan di laman Facebook beliau bahawa masalah itu boleh dikesan melalui imbasan ultrabunyi 2D yang terperinci seawal 11 minggu kehamilan. Jom kita baca dengan lebih lanjut.

Baca juga: Jenazah Bayi Dibekukan 2 Minggu Sebab Ayah Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Netizen Soal Mana Perikemanusiaan?

BAYI SATU MATA & TIADA HIDUNG, BERLAKU DALAM 100,000 KELAHIRAN

Sebagai Pakar Maternal & Fetal Medicine,  Dr Imelda memberitahu sudah melihat kes-kes sebegini banyak kali kerana inilah bidang kepakaran beliau. Jadi, Dr Imelda menjelaskan keadaan ini boleh berlaku sejurus selepas persenyawaan sperma bapa dan telur ibu. Hal ini kerana, semua embryo awal yang baru terbentuk ada satu otak, satu mata dan tiada hidung.

“Permulaan kita semua adalah sebegini. Inilah permulaan kita semua. Sejurus selepas itu, otak dan mata kita membahagi dua. Hanya jika ada masalah, pembahagian kepada dua ini tidak berlaku. Sebenarnya, masalah ini lebih kerap dari anda sangka, iaitu sebanyak satu di dalam setiap 250 kehamilan. Tetapi kebanyakannya akan gugur dari awal kehamilan, sebab itulah anda jarang-jarang dapat melihat bayi yang dilahirkan matang dengan kecacatan ini,” kata Dr Imelda.

Apakah masalah yang menyebabkan pembahagian kepada dua tidak berlaku? Ada beberapa sebab:

1. Jika ada diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil.

2. Usia ibu yang lebih tua, penuaan telur ovum boleh menyebabkan ada terlebih satu kromosom 13, iaitu trisomy 13. Ini juga dikenali sebagai Patau Syndrome.

3. Beberapa jenis mutasi kepada gene, saya tak payahlah huraikan disini nama-namanya.

4. Kekurangan zat folic acid. Inilah sebabnya folic acid suplimen dinasinatkan kepada semua wanita sebelum mengandung dan semasa mengandung dengan tujuan mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang. Jika ada hanya satu mata, sudah tentu hanya ada satu otak.

“Saya boleh lihat masalah ini melalui detailed ultrasound scan 2D, seawal 11 minggu kehamilan..”

“Lihat gambar pertama. Otak yang normal ada 2 bahagian kiri dan kanan, seperti rama-rama. Otak yang tidak membentuk dengan normal masih lagi tercantum. Inilah dinamakan holoprosencephaly,”

bayi satu mata

Gambar pertama.

“Lihat gambar kedua. Holoprosencephaly ini berlaku satu di dalam setiap 8000 kelahiran, tetapi yang paling extreme sekali ialah cyclopia atau satu mata. Cyclopia berlaku satu di dalam 100,000 kelahiran,”

bayi satu mata

Gambar kedua.

“Inilah yang saya check untuk semua ibu hamil bila mereka datang kepada saya untuk detailed ultrasound pada 11 atau 12 minggu kehamilan. Sebab itulah saya selalu beritahu patient saya, ada hikmah disebalik setiap keguguran yang awal. Ada kemungkinan tinggi bahawa keguguran awal itu ialah sebab ada embryo yang bermasalah yang tidak boleh membentuk dengan normal, dan Allah tidak mahu anda dibebankan melahirkan anak yang cacat, maka kandungan itu semua gugur sebelum 12 minggu kehamilan,”

Menurut Dr Imelda, kes ini ini bukan berlaku sebab anda makan buah seperti nenas. Nenas tak bersalah dan bukan penyebab keguguran. Malah, jangan percaya kepada kenan kerana ttu khurafat.

*Jadi, semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua dan jagalah kandungan dari peringkat awal untuk mengelakkan sebarang masalah.

Baca juga: Hospital Bersalin Razif Keluarkan Kenyataan Nafi, Pihak Pengurusan Jenazah Bayi ‘Balas’ Dengan Dedah Kisah Sebenar!

Sumber: Profesor Dr. Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×