Asuh

Jenazah Bayi Dibekukan 2 Minggu Sebab Ayah Tak Mampu Bayar Bil Hospital, Netizen Soal Mana Perikemanusiaan?

8
SHARES
jenazah bayi

Perkongsian Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Facebook sejak beberapa hari lepas, mengenai pengurusan jenazah bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, tular dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Perkongsian dari pengasas unit ini yang dikenali sebagai Mr Wan Cai meluahkan rasa sebak apabila seorang bayi lelaki, Muhammad Adham Mikail yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan terpaksa dibekukan oleh sebuah hospital swasta selama dua minggu.

Baca juga: “Siti Gemuk, Siti Hitam!”- Murid Tahun 1 Dibuli & Dapat Lukisan Tak Senonoh, Tak Mahu Pergi Sekolah!

JENAZAH BAYI LELAKI DIBEKUKAN, DITAHAN 2 MINGGU GARA-GARA SI AYAH TAK MAMPU BAYAR BIL

jenazah bayi

Menerusi hantaran tersebut, pihaknya terpaksa menggunakan air panas bercampur air paip untuk memandikan jenazah bayi lelaki yang dinamakan Adham apabila mayatnya disimpan di peti sejuk mayat sebuah hospital swasta selama dua minggu, hanya disebabkan ibu bapa arwah gagal menjelaskan bil hospital lebih awal berjumlah RM3,600. Bahkan, ibu Adham Mikail juga tidak dibenarkan keluar dari wad untuk dijadikan sebagai jaminan.

Oleh kerana itulah bayi bernama Adham Mikail yang meninggal dunia pada 24 November lalu diletakkan di dalam peti sejuk beku sehinggalah bapanya selesai menjelaskan bil rawatan pada 11 pagi semalam.

“Adik Muhammad Adham meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan asbab tidak cukup sifat iaitu hanya mempunyai satu mata, tiada hidung dan tiada saluran lubang najis, penghuni syurga,”

“Hancur luluh bila melihat jenazah anak tanpa dosa ini 100 peratus beku. Bayangkan bayi yang sudah meninggal dunia pada 24 November ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk. Bukan jasad baby Muhammad Adham sahaja ditahan tetapi ibunya juga tidak dibenarkan keluar dari wad sehinggalah bil dibayar oleh si ayah pada 11 pagi tadi (semalam),”

“Perkara ini berlaku asbab si ayah tak mampu membayar bil bagi caj kelahiran anaknya di sebuah hospital swasta,” katanya.

SI AYAH BERUSAHA MENCARI WANG UNTUK BAYAR…

jenazah bayi

Ketika proses untuk nyahbekukan jenazah bayi.

Apa yang lebih menyayat hati, ayah kepada jenazah bayi tersebut tetap berusaha untuk membayar bil hospital yang tertunggak walaupun baru lima hari bekerja di salah sebuah kilang di Shah Alam.

“Menurut si ayah, isterinya mengadu sakit sebelum dihantar oleh jirannya ke hospital tersebut. Ketika kejadian, beliau sedang bekerja dan bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tentang keadaan isterinya,” katanya Wan Chai.

Seperti yang diberitahu di atas, pihak Wan Cai turut menghadapi cabaran untuk menguruskan jenazah Adham Mikail kerana perlu dinyahbekukan terlebih dahulu menggunakan air panas sebelum dikafankan.

“Kami menghadapi masalah sewaktu hendak menguruskan jenazah Wildan syurga, adik Muhammad Adham Mikail. Kami terpaksa menggunakan air panas yang dicampur dengan air paip bagi melembutkan tubuh dan sendi-sendi wildan syurga tersebut,” ujarnya lagi.

Apabila ditanya mengenai hospital mana yang begitu ‘kejam’ hingga sebegini, Wan Chai mengambil langkah untuk tidak mendedahkan maklumat berkaitan hospital tersebut bagi menggelakkan sebarang masalah timbul terhadap ibu bapa Adham Mikail.

*Jenazah Adham Mikail telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Selat Klang pada petang semalam (10 Disember 2024) dimana kos liang lahad dibayar menggunakan hasil dana infaq orang ramai. Bayi syurga, Adham Mikail…

Baca juga: [VIDEO] Ibu Bawa Bayi Dalam Besen Mandian Ketika Banjir Undang Sebak, Netizen Pesan Pegang Kuat-Kuat!

Sumber: Harian Metro, Mr Wan Chai Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×