Pernah tular kisah seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah menghidap kanser mata tahap empat berada dalam keadaan kritikal. Terbaharu, media melaporkan bahawa adik ini telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam 13 November 2024 (semalam).
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak.
ADIK ALISA UMAIRAH MENINGGAL DI UNIT RAWATAN RAPI
Perkara itu dimaklumkan stesen radio Malaysia, ERA Malaysia menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook. Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa yang berada dalam kritikal bertemu dengan selebriti popular, Elly Mazlein untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
Malah, sebelum ini juga Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor selepas selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir pada bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.
Difahamkan, kisah kanak-kanak perempuan ini mendapat perhatian ramai selepas bapanya, Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi.
“Sebenarnya saya buat live sementara tunggu Alisa tidur. Sejak menjalani kimoterapi, Alisa sukar tidur dan hanya tertidur sekitar jam 2 atau 3 pagi.
“Tiba-tiba AcapS (pempengaruh TikTok) ajak bersiaran langsung bersama. Saya sembang, bercerita mengenai Alisa.
“Namun selepas siaran tamat, ramai yang DM (mesej di aplikasi) dan komen. Mereka mahu hulurkan bantuan, berdoa untuk Alisa. Saya anggap itu rezeki anak,” katanya.
Nur Hisham berkata, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usia setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.
*Salam takziah diucapkan dan semoga adik Alisa terus sihat di alam sana dan bermainlah dengan hati yang ceria…
Baca juga: Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!
Sumber: Tiktok @hisyam776688, ERA Malaysia