Seringkali kita melihat telatah anak-anak kecil kepada pempengaruh di laman media sosial, semuanya bergaya sakan. Malah, ada yang ajar anak perempuan seusia 3 tahun sudah pandai bersolek, berdandan dan bergaya seperti fesyen orang dewasa! Boleh atau tidak macam itu?
Terbaharu, ada satu perkongsian pendapat di laman Facebook oleh Encik Fhais Salim yang sering menyampaikan ilmu parenting. Di sini, dia berpendapat bahawa tidak disarankan untuk ajar anak bersolek dari kecil kerana boleh merosakkan zaman mereka.
Baca juga: Kronologi Kes Kematian Bayi Al Fateh, LEMAS Disumbat Botol Susu & Ditekup Muka Oleh Pengasuh
TAK PAYAH LAH AJAR ANAK PEREMPUAN BERSOLEK SEMASA KECIL…
Berikut merupakan perkongsian pendapatnya:
“Saya tak sarankan mengajar anak bersolek, pakai gincu, celak, warna kuku semuanya seawal usia kecil lagi. Bukan apa, anak-anak ini dah cukup comel dan lawa dengan fitrah dah. Yang pi ajar solek ni nak didik apa sebenarnya? Anting anting pun sepatutnya tak perlu dibuat, telinga dah elok-elok dicucuk pula.. haish. Didik anak pelihara fitrah bukan merosakkan, ini yang sebaiknya. Jadilah guru tarbiah terbaik anak-anak..Wallahu a’lam..”
Menjengah ke ruangan komen, terdapat dua jenis pandangan iaitu yang menyokong kenyataan di atas dan tidak menyokong kenyataan tersebut.
Seorang ibu menzahirkan pendapat bahawa bersolek dengan menggunakan produk-produk kecantikan itu mungkin mempunyai bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kanak-kanak. Oleh kerana kes penyakit kanser semakin teruk, mungkin boleh difikirkan semula dari sini adalah puncanya.
Selain itu, ada ibu yang mengatakan bahawa proses bersolek ini boleh tunggu sebentar. Biarkan anak-anak melalui fasa mengikut usia mereka dan jangan terlampau fokus dengan aktiviti orang dewasa seperti pakai kasut bertumit tinggi.
“Biar anak enjoy waktu kanak-kanak dia dengan aktiviti kanak-kanak, bukan aktiviti orang tua seperti pakai heels. Kesian dekat anak-anak yang kecil melaram sakan padahal nak pergi taman permainan je pun..”
TAK SALAH KALAU MAK AYAH TAHU AJAR BATAS
Di sebalik komen yang menyarankan ibu bapa tidak mendedahkan anak dengan berdandan, ada juga dalam kalangan ibu bapa yang pandang dari sudut positif.
Seorang ibu di laman komen menyatakan semua ini adalah fitrah sebagai seorang perempuan walaupun hanya anak kecil. Dibolehkan untuk bergaya, bersolek tetapi perlu dijaga batasnya. Inilah tugas seorang ibu untuk memastikan perkara tersebut.
Malah, ramai dalam kalangan ibu yang bekerja tidak memarahi anak perempuan yang ingin mengetahui dan belajar mengenai dandanan sebagai seorang wanita tulen. Kata mereka, jika ibu rajin berdandan maka anak akan ikut seperti cerminan hidup.
“Biasanya anak-anak yang makeup ni tengok pada personaliti mak dia juga. Macam saya memang tak makeup masa keluar, jadi anak-anak pun tak makeup. Cuma saya ada la benda asas macam gincu apa semua, diaorang nak cuba, saya bagi je. Jika ada event apa-apa, saya akan pakaikan celak sikit di mata, selagi mana ianya bukan heavy makeup, tapi anak saudara saya pandai makeup sendiri, sebab mak dia bekerjaya dan selalu berhias… kita kan cerminan anak-anak…”
“Bagi saya sebagai seorang ibu di akhir zaman yang penuh pancaroba dan pengaruh ni, saya tak perlu beriya mengajar..saya sekadar ‘dedahkan’ sekadarnya dalam sebarang opportunity (jika ada event sekolah eg:sambutan merdeka baru-baru ni), tak berlebihan. Sekadar nak ceriakan suasana..tonyoh sikit lipstick dan eye shadow dengan nasihat..masa ada event je mama buat macamni ye..dan tak elok benda ni. Saya tak nak anak ada rasa teringin atau kejutan budaya..sebabnya pengaruh luar kita sukar nak control. Lebih baik biarkan mereka rasa dan jelaskan apa yang patut”
Ternyata, apabila dibaca semula komen tersebut, kejutan budaya sememangnya menjadi salah satu masalah kepada anak-anak zaman sekarang bukan? Terlampau kongkong pun tidak boleh, terlampau bebas pun tidak boleh. Oleh itu, bersederhana dalam apa jua yang dilakukan atau dalam erti kata lain, neutral.
Sumber: Mohd Fhais Salim