Asuh

Kronologi Kes Kematian Bayi Al Fateh, LEMAS Disumbat Botol Susu & Ditekup Muka Oleh Pengasuh

11
SHARES
pengasuh bayi

Pada malam 6 September lepas kita dikejutkan lagi dengan kes kematian seorang bayi lelaki berusia 8 bulan. Kematian tragis dilakukan pengasuh bayi bernama Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri ini dilaporkan oleh bapanya sendiri, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 tahun.

Beliau mendakwa dalam kejadian pada jam 8 pagi 6 September, pengasuh berkenaan dilihat membedung, menyumbat botol susu, menutup dengan kain dan menekup muka anaknya dengan bantal! Kejam!

Baca juga: Kisah Bayi 11 Bulan Maut Dirogol & Didera Suami Pengasuh, Diceritakan Semula Ibu & Tokwan, Pilunya Hati…

13 TAHUN MENANTI CAHAYA MATA, PENGASUH BAYI AL FATEH ‘BUNUH’ DENGAN BEGITU SAHAJA…

pengasuh bayi

Wajah Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri.

Perbuatan itu dilihat menerusi CCTV Taska yang beroperasi di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah selepas pengasuh berkenaan meminta isterinya datang untuk mengambil bayi sulungnya itu kira-kira pukul 9 pagi, sejam selepas kejadian itu. Untuk pengetahuan semua, bayi Al-Fateh baru sahaja dihantar ke taska ini dalam 5 hari.

Meruntun hati bagi pasangan suami isteri yang 13 tahun menanti cahaya mata ini adalah, sebaik tiba, bayinya itu sudah dalam keadaan terkulai, mulut berdarah dan muka kebiru-biruan!

pengasuh bayi

Jenazah Al Fateh yang didukung oleh ayahnya.

Selepas bayi Al-Fateh selamat dikebumikan, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ia disahkan doktor yang melakukan bedah siasat di Unit Forensik Hospital Alor Gajah bagi kejadian itu yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Selepas kira-kira tiga jam proses bedah siasat bermula pukul 7.30 hingga 10.45 malam, punca kematian disahkan akibat lemas. Malah, hasil pemeriksaan juga mendapati tiada kesan kecederaan lain di tubuh bayi lelaki berusia lapan bulan tersebut. Jadi, Muhammad Al Fateh Amri Mohd. Fikry Amri meninggal dunia akibat lemas.

SUSPEK JUGA SEORANG IBU KEPADA 3 ANAK

Wanita yang direman.

Terbaharu, media melaporkan bahawa pada 7 September, pengasuh wanita di taman asuhan kanak-kanak di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Alor Gajah.

Perintah reman suspek berusia 34 tahun sehingga 13 September ini dikeluarkan oleh Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suspek yang juga ibu kepada tiga anak berusia dua, enam dan lapan tahun bertubuh kecil anggaran ketinggian 145 sentimeter dan berat 55 kilogram itu tiba di mahkamah dengan diiringi pegawai polis kira-kira pukul 9.30 pagi.

Polis juga telah mengesahkan pengasuh terbabit sudah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Taska berkenaan kira-kira 3.30 petang.

*Semoga kes ini diselesaikan dengan cepat dan tuntutan balas atas pemergian bayi Al-Fateh terbela! Bermain dan berlarilah di taman syurga wahai Al-Fateh Amri..

Baca juga: Petua Dapat Zuriat Dengan Mandi Hujan, Pasangan Romantis Ini Mencuba Nasib

Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×