Sudah pasti masih terpahat di ingatan rakyat Malaysia mengenai kes penderaan seksual melibatkan suami pengasuh dan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan pada tahun 2018. Lebih menyayat hati apabila bayi ini meninggal dunia dalam keadaan tragis sedangkan sebelum ini elok dijaga oleh tokwan sendiri di kampung.
Dalam perkongsian dari wanita yang menonton kisah dalam program Fail Mahkmah di TV3, dia terpanggil untuk memberi pendapat bahawa ada sebabnya dalam kalangan ibu bapa menghantar anak-anak untuk dijaga oleh orang tua di kampung berbanding pengasuh.
Baca juga: Guna Buaian Kain & Tuala Dikongsi, Wanita Dedah Sisi Gelap Taska Kotor Serta Tak Selamat!
KUATNYA SI IBU CERITA SEMULA KES PENDERAAN SEKSUAL BAYI 11 BULAN HINGGA MAUT…
“Kuatnya ibu ini untuk ceritakan balik kejadian yang menimpa anak perempuan dia, kes Nur Muarzara Ulfa, 11 bulan yang meninggal dunia selepas dijaga suami pengasuh. Lily tak niat untuk ulas kes ni tapi lily nak ulas kenapa sesetengah orang hantar anak kepada ibu bapa untuk jagakan anak-anak.”
Wanita yang lebih mesra disapa Lily ini menceritakan bahawa berdasarkan pemerhatiannya, ramai dalam kalangan kita yang akan mengecam sesiapa sahaja yang menghantar anak kecil kepada ibu bapa (datuk nenek) di kampung. Hal ini kerana, ramai yang menganggap bahawa orang tua di kampung memerlukan masa untuk berehat.
“Perlu faham, untuk hantar anak-anak kepada ibu bapa bukan keputusan yang senang. Kita sebagai anak yang kenang susah payah ibu bapa besarkan kita tak kan senang-senang nak tambahkan kesusahan ibu bapa kita.
Dalam kes baby zara ni, tok wannya pernah jaga selama 3 bulan sebelum ibunya ambil keputusan untuk hantar arwah kepada pengasuh. Bila ibunya nak hantar kepada pengasuh, tok wan arwah kata biarlah dia jaga baby zara. Seminggu sekali dia bawa la ke bangi (tempat tinggal ibu baby zara). Ibu baby zara tetap dengan keputusannya untuk hantar ke pengasuh sebab tak nak susahkan ayahnya. Ayahnya akur.”
Untuk pengetahuan semua, tokwan kepada arwah bayi Zara tinggal di Kelantan dan sanggup untuk terus menjaga cucunya itu. Namun, tanpa diduga, selepas seminggu tidak dijaga olehnya, berlaku kejadian tragis dan hitam terhadap baby Zara tersebut. Malah, wanita yang bernama Lili ini juga turut berkongsikan pengalaman yang sama berlaku kepada apabila orang tua sendiri mahu menjaga cucu walaupun mempunyai pengasuh yang sangat baik.
“Dengan kes dera yang berleluasa ni, tak pelik kalau ramai ibu bapa sanggup jaga cucu. Keputusan untuk jaga cucu ni bukan keputusan yang senang nak dibuat. Mesti dah ada perbincangan, mesti anak-anak sedar kudrat kedua ibu bapa mereka, mesti atas kesanggupan ibu bapa sendiri. Sebab ada ibu bapa memang maklum siap-siap tak nak jaga cucu kerana nak tumpu ibadah. Tak salah pun. Memang masa mereka untuk tambah amalan sementara habiskan sisa hidup mereka.
“Kat sini Lily nak kita sama-sama faham, kalau ada kawan kita yang hantar anak kepada ibu bapa, jangan buat tuduhan melulu kata mereka susahkan ibu bapa. Lily ulang, itu bukan keputusan yang mudah dibuat. Mesti dah ada perbincangan. Mungkin ada bayaran macam mana mereka hantar kepada pengasuh. Kita tak tahu keadaan mereka macam mana. Jadi jangan kecam mereka sesuka hati.”
Menurutnya yang menonton siaran Fail Mahkamah di TV3 selama satu jam semalam, penuh dengan air mata dari awal sehingga akhir. Luahan yang dibuat oleh ibu dan tokwan arwah bayi Zara ternyata meruntun hati penonton dan menunjukkan betapa besarnya kasih sayang tokwan kepada cucunya yang telah tiada.
“Akhirnya, sungguh macam ayah dia kata, “Nak tinggal dengan pengasuh, kalau jadi apa-apa, menyesal tak sudah.”
Buat baby Zara, berlarilah di taman syurga. Tiada lagi kesakitan buatmu. Buat ibu baby Zara, baby Zara tunggu di syurga. Nanti jumpa arwah di syurga.
Ini kisah punca kematian baby Zara, sebelum ini dijaga tokwan
Kisahnya apabila suami pengasuh itu menonton cerita yang tak sepatutnya ditonton pagi itu di mana dia tidak bekerja dan cuti. Dia minta baby Zara dari isterinya untuk tolong mandikan baby Zara. Disebabkan dia mandikan baby Zara, dia jadi terangsang.
Semasa dia pakaikan baju baby Zara itulah jadi sexual harassment sampai berdarah. Dia lap darah dan pakaikan pampers. Selesai pakaikan baju dia masukkan baby Zara dalam buaian sebab baby Zara menangis tak henti oleh kerana sakit angkara perbuatan terkutuk dia.
Masa dalam buaian, dia suapkan epal. Dia kata baby Zara meninggal sebab tercekik buah epal, tapi sebenarnya ada kesan bengkak di kepala. Polis suspek dia henjut buai sampai kepala baby Zara bertubi-tubi kena dinding di mana tempurung kepala pecah. Suami pengasuh yang merupakan suspek, kekal dengan hukuman gantung sampai mati pada Julai 2024 lepas. Selama 6 tahun selepas kejadian, pengasuh tidak pernah hubungi si ibu untuk minta maaf. Hilang tanpa khabar.
*Luruh hati ini membaca kes-kes penderaan seksual sebegini. Apa yang ada dalam fikiran si pelaku sehingga tergamak? Bak kata tokwan, carilah pengasuh yang ada iman…
Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..
Sumber: Wan Norili