Asuh

Guna Buaian Kain & Tuala Dikongsi, Wanita Dedah Sisi Gelap Taska Kotor Serta Tak Selamat!

8
SHARES
pusat asuhan kanak-kanak

Terbaharu, ada seorang wanita mendedahkan keadaan sebenar sebuah pusat asuhan kanak-kanak yang terletak di Sungai Buloh. Dia mendakwa bahawa pusat asuhan ini tidak mengikut peraturan yang sewajarnya selain tidak menjaga keselamatan bayi yang diletakkan dalam pusat jagaan tersebut.

Keadaan ini agak mengecewakan ramai pihak kerana bayaran dari ibu bapa adalah tinggi untuk seorang anak namun, layanan dan penjagaan yang diterima adalah tidak setimpal!

Baca juga: JKM Ada Kuasa Untuk Dapat Hak Jagaan Anak Jika Terdapat 7 Kriteria Ini!

PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK KOTOR, TAK SELAMAT

pusat asuhan kanak-kanak

Dalam hantaran di laman media sosial tersebut, dia mengatakan bawa dia baru sahaja bekerja selama 6 hari dan mendapati pengasuh di tempat berkenaan tidak menjaga kebersihan dengan baik. Dalam hantarannya berbunyi:

“Spill the tea, korang nak ke hantar anak kat taska ni? Hantar bayar RM400+/500+.”

“Baby 6 bulan, 2 tahun makan sharing 1 mangkuk 1 sudu beramai-ramai. Tuala parents sediakan tapi dorang share 1 towel untuk semua budak. Kain buai warna kelabu dah bau hancing dan koyak,” tulisnya.

Oleh kerana, persekitaran pusat asuhan tidak bersih, ini menyebabkan ada kanak-kanak dan bayi di situ mudah mendapat penyakit.

“Aku kerja 6 hari tak sanggup dan tengok. Cuci botol baby pakai span basuh pinggan dan tuala cuci singki. Gaji RM 1200, pergi lah review taska tu. Dari bayi yang tak ada ekzema terus kena macam-macam”

pusat asuhan kanak-kanak

Oleh itu, ramai dalam kalangan warganet menyeru pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyiasat perkara memalukan ini. Jika terus dibiarkan, makin berleluasa pusat asuhan yang sering mengambil remeh isu kebersihan dan keselamatan ini. Mak ayah pula terdesak nak cari pengasuh, penggunaan buai pun tak boleh sebenarnya..

Baca juga: Tuah Bayi Usia 8 Bulan Terkenan Wajah Kacak Tengku Hassanal, Memang ‘Copy Paste’!

Sumber: X @mummyramadhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×