Sejak kebelakangan ini, kes melibatkan penderaan kanak-kanak makin meningkat. Bayangkan betapa remuknya hati ibu bapa apabila menaruh kepercayaan kepada pihak pengasuh di taska atau rumah untuk menjaga anak namun, didera pula anak tersebut. Bahkan, ada juga kes kanak-kanak didera oleh ahli keluarga sendiri.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, selain mempunyai kesan lebam dan luka, terdapat tanda-tanda lain yang anda boleh perhatikan untuk mengetahui sama ada si kecil telah didera oleh pihak tersebut. Berikut merupakan situasi anda kena perhatikan sebelum terlambat!
Baca juga: Siap Sedia Dari Segi Akademik, Mental & Fizikal Untuk Anak Masuk Darjah 1.. Elak Insiden ‘Terkucil’
TANDA SI KECIL MUNGKIN DIDERA PENGASUH SELAIN LEBAM & LUKA
Selain daripada lebam dan luka, saya kongsikan 6 tanda penting si kecil kita mungkin telah didera oleh pengasuh atau orang yang dikenali:
1. Mimpi buruk yang berulang-ulang
• Selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak.
• Perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.
2. Regress
• Maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
• Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
Contohnya:
– terkencing waktu malam
– takut pada gelap
– mula menghisap ibu jari (sebelum tu tak pernah hisap jari)
3. Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.
• Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
• Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.
4. Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar)
• Ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.
5. Menjadi sangat takut
-Terutama sekali bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
6. Mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa
-Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.
*Jika anda suspek kanak-kanak tu didera secara fizikal atau seksua*, segera hubungi 15999 dan bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjutan.
Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’
Sumber: X @DrRedzaZainol
Foto: Cendekia Harapan