Asuh

Siap Sedia Dari Segi Akademik, Mental & Fizikal Untuk Anak Masuk Darjah 1.. Elak Insiden ‘Terkucil’

35
SHARES
sekolah darjah 1

Nampaknya sesi persekolahan yang baharu bakal bermula bulan Mac nanti. Paling mendebarkan adalah apabila mak ayah mempunyai anak yang bakal masuk sekolah Darjah 1 kerana ini merupakan kali pertama mereka ditinggalkan dengan lama untuk melakukan semuanya secara sendiri.

Oleh itu, sebelum ‘melepaskan’ anak-anak yang bakal masuk Darjah 1 ini, terdapat persediaan dari segi akademil, mental dan fizikal yang perlu dilakukan oleh mak ayah supaya tiada insiden memalukan. Kalau boleh kita nak elakkan insiden terkencing dalam seluar tu ya!

Baca juga: Cikgu Terkejut 90% Pelajar Dapat Kosong Subjek Sejarah, Semua Cita-Cita Nak Jadi ‘Influencer’

ANAK BAKAL MASUK SEKOLAH DARJAH 1? KENA PREPARE APA?

sekolah darjah 1

Anak kedua kami bakal masuk darjah 1 bulan 3 ni. Teringat masa abang dia nak masuk darjah 1 dulu tahun 2021. Time pkp. masa tadika tahun 2020 pun memang banyak PDPR, so boleh kata sepenuhnya mama yang mengajar membaca, menulis dan mengira semua. Sebab pendidikan terbatas masa ni. Sebab silibus darjah 1 tak sama macam zaman kita dulu.

Nak tak nak kena pastikan anak masuk darjah 1 memang kena kuasai asas ni. Kalau tak, memang akan ketinggalan. So buku si abang memang diwariskan kepada adik. Start bulan ni memang kena keja keras sikit buat revision dengan anak walaupun dia dah mahir 3M (membaca, menulis dan mengira).

1. Persedian Akedemik ( Mahir 3M)

– Membaca. Kaedah fonik lebih senang berbanding mengeja. Sebab anak ingat bunyi je. Jadi cepat dia dapat membaca. Tapi kalau kaedah mengeja, walaupun lambat sikit dapat membaca, tapi anak cepat kuasai bab menulis. Sebab dia kena “eja”. Yang ni yang saya perasan la. So dua-dua kaedah ni boleh guna pakai sebenarnya sebab ada kelebihan masing-masing.

– Kebanyakan budak walaupun cepat membaca, bab menulis kurang mahir. Jadi kena tekankan untuk penulisan tu lebih. Setiap hari kena buat latihan menulis. Bagi ayat dan mintak dia tulis. Satu lagi, kena bagi anak membaca buku cerita pendek-pendek so dia akan lebih mahir menulis.

– Mengira. Yang ni pun penting. Kena tahu beza tambah dan tolak. Macam anak saya, awal-awal dulu dia confuse tambah dan tolak. So memang kena praktis. Untuk matematik nak anak cepat faham memang kena guna kaedah barang depan mata. So dia akan lebih faham proses tambah dan tolak semua tu. Saya beli kayu ais krim, rod panjang yang memang senang nk tunjuk kaedah mengira. Boleh tengok Pinterest, banyak idea untuk ajar anak cara kreatif.

2. Persediaan Fizikal & Mental

– Kena ajar anak cara guna duit. Nipun penting. Sebab nanti dia kena membeli sendiri dekat kantin semua.

– Penggunaan toilet. Bab ni paling seram fikir bila anak masuk darjah 1. Risaunya kalau anak terkucil sebab takut nak bagitau cikgu nak pergi tandas. Lepas tu risau nanti dekat tandas habis basah kain/ seluar sebab tak pandai nak handle. Kena pesan dekat anak, nak pergi toilet kena bagitau cikgu. Kena tahu dekat mana lokasi toilet untuk pelajar lelaki / perempuan. Kena ajar cara dia nak manage diri dia guna toilet dekat sekolah. Janganla nanti habis basah kain, kasut, seluar semua.

– Penjagaan barang-barang peribadi. Yang ni pun sama. Kena buat label barang-barang sekolah dia macam botol air semua. Ajar anak untuk jaga barang sendiri. Duit poket semua. Simpan elok.

Pengurusan pakaian. Yang ni anak dah masuk darjah 3 pun mama masih bebel ya baju, seluar tak pandai jaga. Hahaha ..aduhai kita basuh baju putih bersih dia main jalan atas selut lumpur habis baju dengan kasut. Satu lagi kalau ada subjek yang kena warna water colour ke apa, belilah apron untuk subjek lukisan tu bawak. Tak kotor sangat baju. Yang ni memang sentiasa kena pesan. Baju sekolah pilih yang selesa untuk anak pakai sepanjang hari. Kalau yang girl tu mama memang dah get ready kalau balik sekolah tudung senget benget.

– Kelakuan / Adab / Disiplin. Yang ni pun asas yang kena tekankan dekat anak-anak. Alam sekolah dah tak sama macam tadika. Cikgu dah tak boleh nak tengok dan guide satu-satu sebab ramai. Diorang kena pandai bawak diri. Ikut arahan. Jangan buat benda bukan-bukan. Jangan bergaduh dan bergurau tak kena tempat. Jangan buli kawan.

Macam anak no.2 kami ni sangat lasak. Memang risau sangat dia memanjat merata. Bab tangga tu memang risau sebab dia suka bergayut. Takut bila fikir. Risau pasal keselamatan. Memang kena doa banyak-banyak Allah pelihara anak-anak walau dimana mereka berada. Always kena pesan selalu.

sekolah darjah 1

*Apa lagi yang kena prepare? Kalau ikutkan zaman kita sekolah dulu memang mak ayah chill je anak masuk darjah 1. Sebab zaman tu ramai boleh bawak diri. Habis sangat memang ada la beberapa orang yang terkucil dan nangis tak nak masuk kelas. Kenangan betul bila ingat balik.

Baca juga: Anak Bakal Masuk Darjah 1? Ini 11 Kemahiran Asas Mak Ayah Kena Latih Elak ‘Culture Shock’

Sumber: Fahimah Mahayuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×