Asuh

Guna Sensory Brush Untuk Rawat Masalah Deria Anak, Boleh Buat Mereka Tenang…

39
SHARES
sensory brush

Kanak-kanak mempunyai masalah deria merupakan salah satu kondisi yang sukar untuk ibu bapa ketahui. Perlu diperhatikan dengan betul-betul baru anda dapat kenalpasti anak-anak sebenarnya mengalami masalah deria seperti deria sentuhan. Salah satu cara rawatan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan sensory brush atau berus sensori.

Adakah anda pernah dengar dan lihat Sensory Brush yang digunakan oleh pakar terapi dalam rawatan deria ini?

Baca juga: Penyebab Leher Bayi Selalu Merah Dan Gatal, Patutlah Guna Losyen Pun Tak ‘Jalan’…

APA ITU SENSORY BRUSH? RUPANYA BAGUS UNTUK DERIA..

sensory brush

Apakah itu Berus Sensori? Berus deria atau sensori brush ini kelihatan seperti sikat tebal atau berus basuh baju. Program menggunakan berus deria ini selalunya digunakan untuk pelanggan pediatrik yang mengalami disfungsi deria seperti kepekaan sentuhan, hiperaktif atau disregulasi deria umum.

Teknik memberus juga dikenali Wilbarger Brushing Protocol sesuai untuk diaplikasikan bagi kanak kanak yang mempunyai isu;

• ADHD
• Autism
Sensory processing disorder (SPD)
• Tingkah laku sukar dikawal
• ADD (Attention Deficit Disorder)

Antara kesan yang boleh dilihat jika dilakukan dengan teknik memberus yang betul, antaranya ;

• Bantu kanak-kanak lebih relaks dan tenang
• Meningkatkan perhatian serta pergerakan yang bermakna
• Menjadi lebih sedar mengenai tubuh mereka
•Membantu merawat masalah Sensory

Beberapa faedah menggunakan memberus deria ialah ia bertambah baik dari segi:

-Fokus
-Keupayaan untuk menangani situasi baru
-Kesedaran diri
-Organisasi diri
-Kawalan diri

MACAM MANA NAK GUNA BERUS INI?

sensory brush

Teknik Arahan Protokol Memberus Wilbarger adalah input tekanan dalam yang digunakan pada kulit dengan tegas – supaya anak-anak tidak menggaru, gatal atau menggelitik.

Dengan menggosok berus pada kulit, input tekanan menyasarkan reseptor sentuhan dan membantu kanak-kanak mengatur sistem saraf pusatnya.

Ini boleh menenangkan mana-mana reseptor yang terlalu aktif yang tidak berfungsi dan membantu membawa tahap kewaspadaan kanak-kanak ke tahap normal (tenang). Antara waktu yang disarankan untuk menggunakan berus ini adalah ketika berehat dan juga semasa menidurkan anak supaya deria lebih tenang dan berada dalam ‘mode’ penyembuhan.

Baca juga: Ayah Kena Latih Anak Lelaki 6 Hal Ini, Barulah Si Kecil Jadi Hero Sejati Bila Besar Nanti

Sumber: Harkla, Kedai Peralatan Terapi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×