Asuh

Nak Bayi Cepat Bijak Seiring Usia, Ibu Boleh Rangsang Deria Si Comel Dengan Cara Ini

13
SHARES
CARA RANGSANG DERIA BAYI

Bayi memerlukan rangsangan dan penjagaan yang betul untuk perkembangan otak. Cara rangsang deria bayi dengan betul memainkan peranan penting daripada aspek fizikal dan juga mental.

Untuk ibu bapa di luar sana, kalau nak anak pandai dan bijak, rangsang deria mereka dengan cara di bawah. Rugi kalau tak cuba daripada awal.

Baca juga: Anak Masih Lambat Bercakap, Buat Urutan Mulut Ini, Mudah & Berkesan!

KALAU NAK ANAK BIJAK, CUBA CARA RANGSANG DERIA BAYI INI

CARA RANGSANG DERIA BAYI

1. DERIA PENGLIHATAN

Bayi dapat melihat sejauh 8 hingga 12 inci dan penglihatannya kabur. Pada usia 4 bulan, bayi boleh melihat lebih jauh dan menggunakan matanya untuk memerhatikan benda bergerak.

2. DERIA PENDENGARAN

Pendengaran bayi mula berkembang ketika dalam kandungan. Pada mulanya, si kecil akan mudah terganggu dengan bunyi namun ketika 2 bulan, dia akan mula cuba meniru bunyi dengan merengek. Menjelang usia 6 bulan, mereka sudah pandai meniru bunyi yang anda buat.

3. DERIA SENTUHAN

Sentuhan adalah salah satu deria yang paling berkembang semasa lahir. Bayi dapat membezakan antara suhu, tekstur, bentuk, dan juga objek yang berbeza dengan segera

Bayi juga meneroka melalui sentuhan dengan menggunakan mulut mereka. Jadi, jangan risau jika dia menghisap atau mengunyah apa-apa yang tidak membahayakan. Pastikan anda memberi barang yang selamat dan bersih.

4. DERIA BAU

Bayi akan mula mengenali bau pada hari pertama dilahirkan. Mereka sangat sensitif terhadap bau susu ibu dan boleh membezakannya dengan susu formula.

5. DERIA RASA

Bayi dapat mengesan rasa makanan melalui susu ibu. Apabila mereka sudah mula makanan makanan pejal, pastikan ibu memberi makanan yang bersesuaian.

Pada masa yang sama, bayi harus didedahkan kepada tekstur yang berbeza, bukan hanya yang dikisar atau dilecek.

CARA RANGSANG DERIA BAYI

APA IBU BOLEH LAKUKAN?

Penglihatan – Cakap dengan bayi menggunakan hubungan mata sambil membuat ekspresi muka.

Pendengaran – Bercakap, membaca dan menyanyi dengan bayi dapat mengalakkan perkembangan bahasa.

Sentuhan –  Sentuhan tangan ibu dan bayi memainkan peranan penting. Berikan si kecil mainan berbeza supaya mereka dapat membezakan pelbagai bentuk, saiz dan tekstur.

Bau – Dedahkan bayi dengan bau semula jadi. Elakkan menggunakan pencuci atau minyak wangi terlalu kuat kerana ia akan mengganggu deria bau mereka.

Rasa – Sekitar usia 6 bulan, ibu boleh perkenalkan pelbagai jenis makanan yang bersesuaian dengan bayi. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka mempunyai alergi, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Si Kecil Malu Pakai Barang Murah? Parent, Ajar Anak Jangan Pilih Jenama, Boleh Bawa Masalah Mental!

Sumber: Parents

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×