Buat ibu di luar sana, pasti tercari-cari resepi untuk bayi berusia 9 bulan kan? Setiap hari kalau hidangkan menu sama, bosan pula. Apa kata kali ini buat sedikit kelainan dengan menyajikan snek cincin udang sayur seperti yang dikongsi oleh pengguna media sosial.
Baca juga: Wah! Guna 1 Adunan Boleh Hasilkan 4 Jenis Biskut Raya Mesra Baby, Mommy Kena Cuba
RESEPI SNEK CINCIN UDANG SAYUR UNTUK BAYI 9 BULAN
Nampak sedap, jom cuba!
Bahan-bahan:
- Udang seckupnya
- Lobak merah
- Brokoli
- Bawang besar
- Air halia
- Satu sudu tepung
Cara penyediaan:
1. Kupas kulit udang dan bersihkan.
2. Kemudian, rebus lobak merah dan brokoli sehingga lembut.
3. Di dalam mesin pengisar, masukkan udang, lobak merah, brokoli, bawang besar, air halia dan satu sudu tepung. Kisar sehingga halus.
4. Masukkan adunan ke dalam piping beg dan picitkan bentuk seperti cincin di atas kuali non stick yang sudah dipanaskan. Pastikan minyak hanya sedikit sahaja.
5. Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan.
Wah, anak mesti suka. Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi Makaroni Cuppizza Untuk Anak, Sekali Makan Confirm Teringat!
Sumber: TikTok Makanan Bayi