Dapur

Cara Buang Tahi Udang Tanpa Perlu Kupas Kulit, Berdesup Dah Siap!

15
SHARES
cara buang tahi udang

“Hmm, macam mana cara buang tahi udang paling mudah ya. Penatlah!”

Antara kerja dapur paling susah untuk dilakukan adalah membuang tahi udang kerana perlu mengopek kulitnya terlebih dahulu sebelum masak.

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih belum tahu bahawa najis udang ini perlu dibuang dahulu sebagai tujuan menjaga kebersihan makanan.

Baca juga: Kerap Sakit Lutut & Kebas Kaki Tangan, Minum Air Rebusan Buang Angin Ini, Cepat Lega!

CARA BUANG TAHI UDANG TANPA PERLU BELAH TENGAH BADAN

CARA BUANG TAHI UDANG

Ini akan memakan masa yang lama jika udang terlalu banyak. Kalau nak jalan mudah, anda sebenarnya boleh menggunakan pencungkil gigi tanpa perlu mengupas satu persatu.

Macam mana caranya? Mudah sahaja, ikuti penerangan di bawah.

Bahan diperlukan:

  • Pencungkil gigi

Cara-caranya:

1. Cucuk di bahagian tengah badan udang menggunakan lidi pencungkil gigi.

2. Tarik secara pelahan-lahan dan pastikan ke semua tahi udang keluar sepenuhnya.

*Sekiranya putus, anda perlu membelah tengah badan udang dan tarik lebihan najis yang tertinggal itu.

Mudah kan? Memang jimat masa dan tenaga! Selamat mencuba.

Baca juga: Guna 1 Bahan Sahaja Boleh Elakkan Kutu Beras, 2 Tahun Pun Elok Lagi!

Sumber: Facebook Puan Dini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×