Sihat

Kalau Pesakit Asma, Gout & Anemia Nak Makan Daging, Kena Ikut Tips Ini

162
SHARES
CARA MASAK DAGING

Daging merupakan sumber protein terbaik untuk tubuh badan. Walau bagaimanapun, untuk pesakit asma, gout dan anemia ada beberapa pantang larang dan cara masak daging dengan betul supaya tidak memudaratkan kesihatan.

Menurut Dr Suri Roowi, Untuk pesakit gout, daging seeloknya dipotong kecil atau dicincang, dibasuh, direbus dan dibuang airnya terlebih dahulu sebelum dimasak.

Baca juga: Doktor Kongsi 6 Cara Merawat Ulser Dengan Cepat & Berkesan Tanpa Guna Ubat Mulut

CARA MASAK DAGING DENGAN BETUL UNTUK 3 PENYAKIT INI

CARA MASAK DAGING

Ini kerana kandungan purine (penyebab gout) akan turun sebanyak 25%. Jangan masak daging terlalu lama kerana boleh menyebabkan penghasilan purine yang lebih banyak.

Pesakit gout juga perlu kurangkan memakan daging merah kerana daging mengandungi kandungan tinggi purine berbanding daging putih.

Semasa makan, kurangkan ambil kuah kerana bahan purine banyak di dalam kuah. Elakkan juga memakan hati ayam dan kurangkan penggunaan ikan bilis dalam masakan. Ini kerana kandungan purine dalam hati ayam dan ikan bilis adalah antara yang tertinggi.

Kajian mendapati minum air soya lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil soya. Amalkan makanan seperti peria, teh bunga krysanthemum, empulur nanas dan cekur.

CARA MASAK DAGING

Bagi pesakit anemia pula, daging merah terutama organ dalaman mengandungi tinggi zat besi dan bagus untuk dimakan. Memasak menggunakan minyak kelapa sawit merah lebih elok kerana kaya dengan beta-karoten dan bantu leraikan zat besi daripada diikat.

Untuk mereka yang mengalami masalah kolesterol tinggi, masak daging menggunakan minyak zaitun. Ini kerana telah dibuktikan dalam banyak kajian saintifik di seluruh dunia.

Ambil makanan tinggi serat seperti oat dan barli, minum jus oren, minum air halia atau bawang putih selepas memakan daging dan minum teh hijau kerana kaya bahan khasiat yang boleh turunkan kolesterol.

Bagi pesakit semput, kurangkan makan daging yang sudah diproses seperti burger, sosej dan lain-lain. Kajian ke atas 971 orang selama 7 tahun mendapati memakan daging yang sudah diproses berlebihan menyebabkan semput semakin teruk.

Baca juga: Hilangkan Bengkak Di Badan Dengan Mengamalkan Doa Ini, InsyaAllah Berkesan

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×