Sihat

12 Jenis Pilihan Air Yang Lebih Baik Untuk Sarapan Anak, Bosan Asyik Air Kosong Je…

123
SHARES
minuman waktu sarapan

Sarapan pagi merupakan santapan yang penting bukan sahaja untuk orang dewasa malah untuk kanak-kanak juga. Selain asyik menyediakan makanan si manja bersama air kosong sahaja, sebenarnya ada beberapa jenis air lain yang anda boleh jadikan minuman waktu sarapan pilihan lebih baik untuk mereka. Ada juga air yang berkhasiat ini tak sangka rupanya sangat sesuai diminum pada waktu pagi!

12 contoh minuman waktu sarapan anak

Elak anak-anak dari air coklat sihat dan kuat sebagai minuman pertama di pagi hari. Minuman macam ni, tak beri nutrisi dan kebaikan pada tubuh badan anak. Cari pilihan air lain yang lebih baik. Atau paling mudah, air putih je. Ini baru air yang betul sihat dan kuat sebenarnya.

1. Air kelapa

minuman waktu sarapan

– Bangun tidur teguk air kelapa, tinggi sangat khasiat dan mineral untuk anak.

2. Air putih atau air mineral

minuman waktu sarapan

– Kalau takde air kelapa, yang ini pun dah cukup baik, paling mudah dan cepat nak sediakan.

3. Air madu

minuman waktu sarapan

– Kalau anak nak air manis, campur je 1 sudu madu dengan secawan air. Air manis dapat minum, khasiat dari madu pun dapat.

4. Jus buah

minuman waktu sarapan

– Blend terus buah berserta serat untuk anak minum kalau air kosong tak jalan sangat. Tapi, kalau makan buah, itu lebih baik.

5. Infused water dengan buah

– Apa-apa je buah yang ada, campurkan dengan air. Anak mesti excited nak minum.

6. Air coklat tanpa gula berlebihan dan maltodekstrin

– Anak saya suka sangat dengan air coklat dari OCOC, pilihan air coklat yang lebih baik insyaAllah.

7. Teh tanpa kafein

– Sedapppp teh bunga dan buah ni tau, campur madu sikit dan bagi anak minum waktu pagi. Segar nanti anak nak pergi sekolah.

8. Air kombucha

– Campur dengan air putih untuk anak yang baru nak minum air probiotik macam ni. Akan mudah untuk anak lawas, insyaAllah.

9. Susu dari kekacang

– Susu almond antaranya, dan banyak kacang lain lagi. Pilihan untuk anak yang alah dengan susu lembu.

10. Susu segar

– Elakkan susu berperisa ya waktu breakfast anak. Susu coklat, strawberi, pisang, banyak sangat dah susu dengan perasa dan pewarna tiruan sekarang ni kan.

11. Kefir probiotic drinks

– Sama macam kombucha, tapi versi ada susu. Sedapp.

12. Air soya homemade

– Buat sendiri air soya, kita boleh pilih kacang soya yang kita guna dengan bahan ramuan yang minima.

Cuba cari terbaik, untuk minuman pertama anak setiap hari. Kalau takde sangat, buah epal, telur rebus dan air kosong je pun dah cukup sebenarnya kan. Kita cuba sama-sama ya.

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×