Asuh

Ini 6 Jenis Makanan & Minuman Ejen Pencair Kahak, Bantu Proses Batuk Berkahak Anak Sembuh!

48
SHARES

Melihat keadaan anak yang batuk sehingga mengeluarkan kahak, sebagai ibu bapa pasti timbul rasa risau melihat situasi itu. Tahukah anda, selain ubat yang dipreskripsi doktor terdapat juga beberapa makanan dan minuman yang boleh membantu proses penyembuhan batuk berkahak anak.

Melalui perkongsian dari Puan Mazliana Mazlan, terdapat enam jenis makan dan minum sebagai ejen pencair kahak. Suka diingatkan, makanan bukanlah ubat. Namun, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul. Jom baca penerangan yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Konsultan Kongsi Bayi ‘Overtired’ Jangan Dipaksa Tidur, Tapi Lakukan Perkara Ini

EJEN PENCAIR KAHAK BANTU PROSES PENYEMBUHAN BATUK BERKAHAK ANAK

Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak. Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.

Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ini.

Makanan, bukan ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul. Tengok dalam gambar tau, enam contoh makan minum pencair kahak.

ANTARA 6 MAKAN & MINUM SEBAGAI EJEN PENCAIR KAHAK

1. IKAN

Kandungan omega 3 kurangkan radang dalam badan anak.

2. BEBAWANG

Allium dalam bebawang sebagai antiradang kurangkan penghasilan kahak.

3. SAYURAN HIJAU

Sayuran hijau tinggi fiber bantu cairkan kahak.

4. AIR KELAPA

Minuman wajib waktu anak batuk. Kahak cepat mencair.

5. CAPSICUM

Capsaicin unsur kimia dalam capsicum, bantu kurangkan kahak.

6. SUP

Makanan utama bila anak tak sihat. Masuk semua makanan antiradang dalam sup, halia, bebawang dan kunyit.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×